Page 21 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
        P. 21
     8     KEMUDAHAN DI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
           8.1    PERPUSTAKAAN
           Perpustakaan  PKT  berperanan  sebagai  pusat  penyediaan  sumber  maklumat  pendidikan,
           pembelajaran, dan pengajaran khusus kepada pelajar, dan staf PKT. Perpustakaan ini terletak
           di bahagian tengah kampus dan menjadi lokasi yang sangat strategik sebagai pusat tumpuan
           warga PKT. Dengan keluasan 1,816 meter persegi, ia mampu menampung kapasiti pengguna
           seramai  90 orang. Terdapat pelbagai  jenis bahan bacaan  dan  rujukan  berdasarkan  bidang
           pengajian yang ditawarkan di Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu. Jenis koleksi yang
           terdapat  adalah  dari  bahan-bahan  akademik  serta  pembacaan  ringan.  Di  samping
           kepelbagaian bahan bacaan, perpustakaan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan
           perkhidmatan kepada pengguna. Pada tahun 2014, Perpustakaan PKT mula menggunakan
           Sistem Pengurusan Perpustakaan ILMU (Integrated Library Management Utility). Sistem ini
           menyediakan  OPAC  (Online  Public  Access  Catalogue)  bagi  membantu  pengurusan
           perpustakaan  mengumpul,  merekod,  menyimpan  dan  membantu  pengguna  mencari  bahan
           bacaan di perpustakaan. Perpustakaan akan dibuka setiap hari sepanjang pengajian termasuk
           cuti semester kecuali cuti hujung minggu (Jumaat & Sabtu) dan cuti umum.
           Tiada  bayaran  dikenakan  untuk  menjadi  ahli  perpustakaan  dan  pelajar  tertakluk  kepada
           peraturan Politeknik sepanjang berada di perpustakaan. Keseluruhan koleksi dan kemudahan
           perpustakaan adalah seperti berikut:
                            KOLEKSI                                     KEMUDAHAN
            1. Koleksi Umum                               1. Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat
            2. Koleksi Rujukan                            2. Perkhidmatan Sirkulasi
            3. Koleksi Terbitan Bersiri                       (Pinjaman dan Pemulangan)
            4. Koleksi Khas                               3. Light Reading
               •  Laporan Tahunan Organisasi Luar      (Majalah dan Surat Khabar)
                   dan Dalam
                                                          4. Perkhidmatan Bilik Audio Visual / IT
               •  Surat Khabar ( New Street Times,
                   Utusan Malaysia, Berita Harian,        5. U – Pustaka, Perpustakaan Negara
                   Kosmo, Sinar)                          Malaysia
               •  Majalah
                                                          20
     	
