Page 16 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
        P. 16
     IX. UNIT SISTEM MAKLUMAT
           Pengenalan
           Unit Sistem Maklumat (USM) bertanggungjawab memperkasa sistem aplikasi, memantapkan
           insfrastruktur dan infostruktur, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sokongan pengguna.
           Dedikasi  staf  yang  tidak  berbelah  bahagi  dan  sokongan  padu  yang  diterima  daripada
           pengurusan Politeknik, USM akan memastikan komitmen secara berterusan bagi memastikan
           perkhidmatan ICT Politeknik Kuala Terengganu berada di tahap optimum dan cemerlang.
            X.    UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
           Pengenalan
           Unit  Pembangunan  dan  Senggaraan  berperanan  merancang  dan  menyelaraskan  projek
           pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti serta infrastruktur di samping menjalankan kerja -
           kerja penyelenggaraan aset seperti kenderaan jabatan, penghawa dingin, mesin fotostat dan
           sebagainya. Kerja penyelenggaraan dilaksanakan sama ada secara terus atau melalui khidmat
           kontraktor yang diselia oleh Penolong Jurutera di dalam bidang yang berkaitan.
           Visi
           Perkhidmatan  yang  mesra  pelanggan  terhadap  setiap  laporan  kerosakan  dan  tindakan
           penyelenggaraan dan pembangunan yang memberi keselesa kepada pelanggan
           Misi
           Unit yang efektif dalam melaksanakan kerja pembangunan dan penyelenggaraan.
           XI.    UNIT KECEMERLANGAN AKADEMIK
           Pengenalan
           Unit   Kecemerlangan  Akademik  (UKA)  ditubuhkan  pada tahun 2007 dikenali dengan Unit
           Kualiti. Fungsi  utamanya  mengurus  pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di PKT.  UKA
           berperanan  merancang,  melaksana  dan  memantau  keberkesanan  pelaksanaan jaminan
           kualiti  akademik  dan  program - program berkaitan pengurusan kualiti serta  mengamalkan
           penambahbaikan secara berterusan ke arah  merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PKT.
                                                          15
     	
