Page 13 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 13

IV. UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

           Pengenalan


           Latihan industri (LI) adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di
           semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi meningkatkan tahap

           mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang

           diperlukan.  Kursus  LI  memberi  pelajar  peluang  pembelajaran  di  dunia  pekerjaan  untuk
           menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus

           ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi,
           komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-

           peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap

           yang  proaktif  di  kalangan  pelajar  dan  seterusnya  meningkatkan  keyakinan  mereka  untuk
           menjadi pelatih yang cemerlang.


           Fungsi Unit Latihan Industri :


              i.  Bertanggungjawab mengurus hal-hal berkaitan latihan industi pelajar.
              ii.  Mencari tempat-tempat latihan untuk pelajar.

              iii.  Menilai kesesuaian tempat dengan pengajian.

              iv.  Mengadakan  perjumpaan  dan  perbincangan  dengan  agensi  dan  pihak  industri  bagi
                  mencari kaedah terbaik untuk pelajar mendapat sebanyak mungkin pengalaman dan

                  pengetahuan dari tempat latihan.


            V.    UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI


           Pengenalan


            Unit Psikologi Kerjaya (UPK) telah bertukar nama kepada Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)

            mulai  1  Jun  2017.  Unit  ini  merupakan  sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan yang

            berteraskan  tiga  aspek utama dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi.
            Unit ini merupakan Unit Sokongan Akademik yang berperanan dalam membantu membentuk
            pembangunan   insaniah.   Perkhidmatan   yang   disediakan   adalah   berfokuskan   kepada

            Psikologikal,  Kaunseling  dan  Kerjaya  kepada  semua  warga  Politeknik Kuala Terengganu
                                                                                                   -
            terutamanya  pelajar  dan  staf.  Unit ini mempunyai dua orang Pegawai Psikologi dari Sektor
            Gunasama  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  dengan  lantikan  gred S41. Pegawai Psikologi di

            Unit   Pengurusan   Psikologi   juga   merupakan   kaunselor  berdaftar  di  bawah  Peraturan-

            peraturan


                                                          12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18