Page 8 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 8

4.2 JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK)


          Pengenalan


          Jabatan Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (JTMK)  ini mula  beroperasi  pada  Mac  2007.

          Pada awal penubuhannya JTMK terletak di Bangunan Induk dan diletakkan di bawah seliaan
          Jabatan  Kejuruteraan  Elektrik,  tetapi  bermula  Mac  2008  JTMK  telah  ditubuhkan  dan

          ditempatkan  di  bangunan  Jalan  Air  Jernih,  Kuala  Terengganu,  Terengganu.  Program  yang
          ditawarkan oleh jabatan ini ialah:


              i.  Diploma Teknologi Digital (DDT)

                  Program  pengajian  Diploma  Teknologi  Maklumat (Teknologi  Digital)  ini menyediakan
                  pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus

                  pada  bidang  Teknologi  Maklumat.  Kursus-kursus  yang  ditawarkan  dikelompokkan

                  kepada  modul  seperti  Platform  Technologies,  Computing  Foundation,  Programming
                  Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada

                  tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar
                  untuk  mencapai  pelbagai  kerjaya  dalam  pelbagai  sektor  ICT.  Program  ini  juga

                  menyediakan  pelajar  dengan  kemahiran  yang  boleh  pindah dan  kemahiran  berbagai
                  yang  membolehkan  mereka  menyesuaikan  diri  dengan  teknologi  baru.  Di  samping

                  kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian

                  Islam  atau  Moral  Pendidikan,  Ko-kurikulum,  dan  Inventive  Problem  Solving  untuk
                  meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi

                  penekanan kepada self-initiated learning dan hands-o




          Visi


          Menyediakan pendidikan bertaraf dunia serta latihan untuk golongan sub-profesional dalam

          bidang teknologi maklumat dan komunikasi selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.




          Misi


          JTMK berhasrat menyediakan latihan dan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan perubahan

          teknologi dan permintaan pelanggan melalui kerja berpasukan dan penambahbaikan.







                                                           7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13