Page 14 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
        P. 14
     Kaunselor ( Pendaftaran dan Perakuan Amalan ) 1999, Lembaga Kaunselor Malaysia. Unit ini
          hanya mempunyai 3 orang pegawai iaitu 2 orang Pegawai Psikologi dan seorang Pembantu
          Am  Pejabat.  Di  bawah  unit  ini  juga  terdapat  4  orang  pensyarah  yang  dilantik  sebagai
          Penyelaras Psikologi dan Kerjaya Jabatan (PPKJ). UPPsi juga berusaha untuk memberikan
          perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan kerjaya secara profesional bagi meningkatkan taraf
          psikologi  klien  iaitu  melalui  program  Pembangunan,  Pengembangan,  Pencegahan,  dan
          Pemulihan/Intervens.
          Visi
          Berusaha  untuk  memberikan  perkhidmatan  Bimbingan,  Kaunseling  dan  Kerjaya  yang
          profesional  bagi  meningkatkan  taraf  psikologi  klien  melalui  Program  Pembangunan,
          Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan/intervensi.
          Misi
          Menyediakan  perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  yang  berlandaskan  prinsip-prinsip
          psikologi untuk klien yang terdiri daripada semua warga Politeknik Kuala Terengganu.
             VI. UNIT PENTADBIRAN
          Sebuah Unit yang bertanggungjawab menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti  politeknik
          serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan
          dan pentadbiran am.
          Visi
          Menjadikan  bahagian  pengurusan  dan  pentadbiran  sebagai  penggerak  utama  pengurusan
          Politeknik Kuala Terengganu dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, sistematik dan
          berkesan.
          Misi
          Menyediakan  keperluan  dan  perkhidmatan  sokongan  di  Politeknik  Kuala  Terengganu  bagi
          meningkatkan kualiti pengurusan serta membudayakan tadbir urus yang baik.
                                                          13
     	
