Page 90 - 5_6125327253401239595
P. 90
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
Memberikan senarai mengikut kelas kepada guru tingkatan dan guru
mata pelajaran yang terlibat dalam kerja kursus.
Menyemak senarai pendaftaran calon yang diterima daripada SPP dan
mengisi borang pembetulan maklumat calon jika berlaku kesilapan.
Membuat pemindahan pusat peperiksaan calon / tempat peperiksaan
calon yang bertukar sekolah.
Memastikan markah kerja kursus calon peperiksaan awam yang
bertukar ( bertukar masuk / keluar ) dihantar.
Memastikan markah kerja kursus disediakan dan dihantar oleh guru
mata pelajaran MPM / LPM / JPN.
Menerima jadual peperiksaan SPM dan mengedarkan kepada murid.
Mengambil slip peperiksaan daripada SPP dan menyerahkannya
kepada murid.
Mengambil bahan peperiksaan, menyemak dan menyusun kertas JOB
mengikut tarikh peperiksaan dan mata pelajaran.
Menyediakan pelan tempat duduk, senarai guru bertugas, pembaca
doa dan senarai calon untuk kegunaan ketua pengawas / guru
bertugas.
Menyelia penyusunan tempat peperiksaan dan label meja dengan
bantuan guru dan murid.
Menyediakan almari, jam dinding, papan putih,pen, pemadam dan
papan tanda peperiksaan ( peperiksaan bertulis ).
Menyediakan alat siar raya ( dewan sebagai pusat peperiksaan ).
Menampal jadual waktu peperiksaan, senarai guru bertugas dan pelan
operasi payung di pusat peperiksaan.
Menyediakan pusat peperiksaan alternatif bagi menghadapi banjir.
Menyediakan pelan menghadapi banjir semasa peperiksaan awam.
Mengedar slip dan membuat laporan keputusan peperiksaan.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
4. AHLI JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DALAMAN
A. SENARAI TUGAS
Menyediakan jadual waktu peperiksaan sekolah.
Menyediakan jadual pembina soalan
Mengurus percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas
soalan.
Memastikan keselamatan kertas soalan.
Memastikan kertas - kertas soalan diedarkan kepada guru pengawas
peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubal
soalan.
Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut
jangka masa yangtetapkan.
Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan di dalam bank
soalan.
Merancang dan menyelaras peperiksaan ulangan
Memastikan semua kertas jawapan dikembalikan kepada guru yang
menanda
Menyelia dan melengkapkan data dalam apliaksi APDM, SAPS
82
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan