Page 86 - 5_6125327253401239595
P. 86
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
Menyemak buku latihan dan rampaian para murid sepertimana yang
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus.
Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.
Melaporkan kepada Ketua Bidang yang berkenaan tentang segala
perkembangan panitia masing-masing.
Menilai program-program yang dijalankan.
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa
Mengurus bilik-bilik khas di bawah panitia.
2. GURU MATA PELAJARAN
A. SENARAI TUGAS UMUM
Mempunyai senaskhah Sukatan Pelajaran yang terbaru. Boleh
memahami dan mentafsirkan kandungan Sukatan Pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar.
Mempunyai Fail Rekod Mengajar yang dikemaskini dan
menyerahkannya kepada Guru Kanan Mata Pelajaran pada masa -
masa yang ditetapkan.
Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi mata pelajaran yang
diajar dengan lengkap dan melaksanakan pengajaran mengikut
Rancangan Pelajaran yang disediakan.
Menyedia dan memberikan kerja - kerja latihan yang mencukupi
kepada murid. Memeriksa buku latihan dan nota murid dan
memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan buku latihan
dan nota murid kepada Guru Mata Pelajaran pada bila - bila masa yang
dikehendaki.
Memberikan Ujian Selaras dan Peperiksaan Penggal kepada murid.
Merekodkan soalan-soalan dan markah ujian / peperiksaan di dalam
buku rekod mengajar.
Mengesan kelemahan murid dengan membuat item analisis selepas
setiap peperiksaan dan mengadakan kelas tambahan / pemulihan
untuk murid.
Menjadi ahli jawatankuasa Akademik, menghadiri mesyuarat dan
mematuhi segala keputusan mesyuarat. Melaporkan kelemahan-
kelemahan murid untuk makluman dan tindakan pihak Pengurusan.
Menjadi ahli panitia , menghadiri dan mematuhi keputusan mesyuarat
panitia.
Menggunakan dan mematuhi buku – buku panduan yang dikeluarkan
oleh PPD / JPN / KPM.
Memastikan keselamatan murid di makmal / bengkel serta mengawasi
penggunaan peralatan di tempat-tempat tersebut.
Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran berkenaan
sama ada anjuran PPD / JPN / KPM dan lain-lain yang berkaitan.
Menyampaikan semula maklumat-maklumat kepada Pengetua / Pen.
Kanan dan guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama
dalam bentuk Minit Curai atau Kursus Dalaman
Sentiasa mengikuti perkembangan / pembaharuan tentang teknik
mengajar dan meningkatkan prestasi dalam PdP.
Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah-
masalah PdP untuk tindakan selanjutnya.
78
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan