Page 84 - 5_6125327253401239595
P. 84
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
e) Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan ( berasaskan
sekolah ) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika
perIu menubuhkan bank soalan;
f) Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam
tiap - tiap peperiksaan berasaskan sekolah ( khususnya peperiksaan
pertengahan dan akhir tahun ) dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
g) Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang - kurangnya
sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan - perjumpaan secara
'ad hoc' bila dan jika perlu;
h) Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli - ahli panitia (
secara formal atau tidak formal ) untuk memikir dan membincangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah -
masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari
penyelesaian kepada masalah - masalah atau isu - isu tersebut;
i) Bertukar - tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi
setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli - ahli lain;
j) Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
k) Bekerjasama dan bertukar - tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah - sekolah berhampiran atau
sekawasan;
l) Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha
ke arah memajukan murid - murid yang lemah dalam mata-mata
pelajaran tertentu.
m) Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan
minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
n) Menyelenggarakan fail - fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
1. SETIAUSAHA KURIKULUM
A. SENARAI TUGAS
Membantu Penolong Kanan dalam urusan berkaitan bidang kurikulum.
Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat kurikulum untuk
diedarkan kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah.
Mengumpul maklumat berkenaan Dialog Prestasi setiap kali
peperiksaan
Mengumpul maklumat anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum
dan panitia mata pelajaran.
Mengumpul dokumen – dokumen yang diperlukan oleh pihak ketiga
Mengumpul semua Kertas Kerja dan Laporan Keberkesanan program
yang telah dilaksanakan oleh panitia
Menyediakan maklumat serta laporan guru - guru dalam panitia
Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah.
Mengedarkan bahan – bahan berkaitan kurikulum kepada semua Ketua
Panitia untuk tindakan
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
76
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan