Page 83 - 5_6125327253401239595
P. 83

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar


                5.1     JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KURIKULUM

                       FUNGSI JAWATANKUASA :

                       1.     Bertanggungjawab untuk melaksanakan urusan pentadbiran kurikulum serta
                              memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian  Pendidikan.
                       2.     Membina Dasar Pengurusan Kurikulum diperingkat sekolah
                       3.     Menetapkan garis panduan pengurusan kurikulum di sekolah
                       4.     Menyelesaikan isu – isu berkaitan pengurusan kurikulum dan mencadangkan
                              strategi menangani isu
                       5.     Mewartakan dasar dan ketetapan yang telah dibuat
                       6.     Mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan
                       7.     Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
                              oleh Pengetua dari semasa ke semasa

                5.2     JAWATANKUASA KURIKULUM

                       FUNGSI JAWATANKUASA

                       1.     Mematuhi  segala  dasar  dan  ketetapan  yang  telah  ditetapkan  oleh  pihak
                              sekolah
                       2.     Memperbaiki  dan  meningkatkan  mutu  dan  kekesanan  pengajaran  dan
                              pembelajaran
                       3.     Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi – strategi mengajar yang
                              inovatif  dan  boleh  mendorong  serta  mengerakkan  kecenderungan  murid
                              terhadap pembelajaran
                       4.     Memperbaiki  prestasi  murid  dalam  peperiksaan  bagi  mata  pelajaran
                              berkenaan  berpandukan  atau  berasaskan  kepada  prestasi  /  target  yang
                              ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah
                       5.     Melaksanakan Profesional Learning Community ( PLC ) dan dinyatakan dalam
                              bentuk laporan
                       6.     Menyediakan  satu  Hasil  Kajian  Tindakan  atau  Inovasi  PdPc  bagi  panitia
                              masing – masing
                       7.     Menyediakan satu pelan strategik bagi tujuan meningkatkan pencapaian atau
                              prestasi murid
                       8.     Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
                              oleh Pengetua dari semasa ke semasa
                       9.     Berikut  adalah  peranan  panitia  yang  dianggap  perlu  dilaksanakan  sejajar
                              dengan peranannya sebagai badan ikhtisas :

                                 a)  Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemaskini untuk
                                     kegunaan ahli - ahli panitia;
                                 b)  Menyediakan  rancangan  mengajar  dalam  tahun  persekolahan.
                                     Rancangan  mengajar  ini  diselaraskan  di  antara guru  dalam  sesuatu
                                     tingkatan dan juga di antara tingkatan di mana ada kaitan;
                                 c)  Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
                                     digunakan oleh murid - murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu
                                     dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
                                 d)  Memilih dan mencadangkan buku - buku rujukan atau bahan - bahan
                                     bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para
                                     murid  dan  kegunaan  guru  -  guru  untuk  dibekalkan  di  pusat  sumber
                                     sekolah;


                                                            75
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88