Page 70 - PlannerMRSMBP2020
P. 70
PANDUAN PENGGUNAAN SMARTPHONE DI MRSM BATU PAHAT
PENGENALAN
Telefon bimbit merupakan satu alat komunikasi yang penting pada zaman sekarang. Melalui MARA
the way forward yang diilhamkan oleh Pengerusi MARA maka pihak pengurusan maktab
membenarkan penggunaan telefon bimbit di maktab. Walaubagaimanapun kebenaran ini tertakluk
kepada peraturan-peraturan berikut;
PERATURAN AM
1. Set telefon bimbit dan nombor hendaklah didaftarkan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar
MRSM Batu Pahat.
2. Pelajar perlu menandatangani Borang Pendaftaran Telefon Bimbit yang disediakan.
3. Bayaran sebanyak RM10.00 bagi setiap set akan dikenakan bagi tempoh satu tahun dan akan
dimasukkan ke dalam Akaun Wang Hasil MRSM Batu Pahat.
4. Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk mendaftarkan satu set telefon bimbit dan satu nombor
sahaja.
5. Pelajar hanya dibenarkan mengecas telefon bimbit di dalam Kawasan asrama di tempat-
tempat yang telah disediakan sahaja.
6. Pihak maktab mempunyai hak untuk memeriksa dan memantau penggunaan telefon bimbit
pelajar dari masa ke semasa. Sebarang salah laku berhubung dengan penggunaan telefon
bimbit akan diambil tindakan.
7. Sebarang bentuk penyalahgunaan telefon bimbit akan dikenakan tindakan mengikut
peraturan pengurusan disiplin maktab.
TEMPAT DAN MASA PENGGUNAAN
1. Penggunaan telefon bimbit hanya di kawasan asrama sahaja.
2. Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit sepanjang masa tetapi hendaklah mematikan
telefon bimbit pada masa-masa berikut;
Waktu Persekolahan
a. 7.00 pagi hingga 3.30 petang (Ahad hingga Khamis)
Waktu Kelas Persediaan:
a. 3.30 petang hingga 5.00 petang (Ahad hingga Khamis)
b. 8.00 malam hingga 10.30 malam (Sabtu hingga Khamis)
Waktu riadah: 5.00 petang hingga 6.00 petang (Ahad hingga Khamis)
Waktu majlis rasmi (Perhimpunan, ceramah, kelas tambahan dan sebagainya)
(IBU BAPA DIMINTA TIDAK MENGHUBUNGI ANAK-ANAK PADA WAKTU-WAKTU LARANGAN)