Page 71 - PlannerMRSMBP2020
P. 71
KESELAMATAN TELEFON BIMBIT
Keselamatan set telefon bimbit adalah tanggungjawab pelajar. Pihak maktab tidak akan menggantikan
atau membayar gantirugi atas kehilangan atau kerosakan telefon bimbit pelajar. Walaubagaimanapun
kes-kes pelanggaran disiplin yang ada kaitan dengan telefon bimbit akan dikendalikan mengikut
Panduan Pengurusan Disiplin yang sedia ada.
PELANGGARAN DASAR DAN PERATURAN
Sebarang pelanggaran dasar dan peraturan oleh pelajar akan diambil tindakan.
Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak maktab adalah:
1. Merampas telefon bimbit.
2. Menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit.
3. Mengenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MARA
atau maktab.
4. Telefon yang dirampas akan dikembalikan hanya kepada ibubapa di akhir setiap semester.
Wang sebanyak RM10.00 akan dikenakan sebagai denda dan akan dimasukkan ke dalam
Akaun Wang Hasil MRSM Batu Pahat.
SPESIFIKASI TELEFON BIMBIT
Pelajar hanya dibenarkan menggunakan smartphone yang telah ditetapkan aplikasi pemantau oleh
ibubapa supaya dapat memantau penggunaan terutamanya data dan internet.
PERATURAN INI AKAN DITAMBAH ATAU DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DARI MASA KE SEMASA
Pengetua
MRSM Batu Pahat