Page 12 - AMALI BIOTA TANAH (NUR SYAMIMI)_Neat
P. 12
menentukan suhu bagi pembentuk tanah yang memastikan peguraian bahan
mineral dan bahan organik berlaku. Semua proses kimia dan biologi bergantung
pada suhu. Organisma hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu yang hidup di
dalam tanah dan yang hidup di atas tanah. Yang hidup di dalam tanah seperti
bakteria, akar tumbuhan, cacing tanah, semut, dan sebagainya. Dengan adanya
organisma ini, tanah membentuk suatu ekosistem. Organisma-organisma hidup
ini mempercepat penguraian zarah- zarah batuan, bahan organik,
mencampurkan bahan organik dengan bahan mineral bagi membentuk tanah.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa kehidupan makrofauna tanah dipengaruhi
oleh komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik yang mempengaruhi
keadaan tanah di kawasan tersebut adalah termasuk pH tanah, suhu kawasan,
kelembapan tanah, tekstur tanah, kelembapan udara dan kadar penerimaan
cahaya matahari. Jenis tanah atau lokasi tanah yang berbeza boleh
menghasilkan kepelbagaian makrofauna. Istilah habitat dapat digunakan bagi
menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang
membentuk suatu komuniti. Oleh hal yang demikian, lokasi yang berbeza
mempunyai makrofauna yang berbeza. Hal ini adalah disebabkan oleh lokasi
sampel tanah itu diambil berdasarkan tahap naungan, kelembapan/kekeringan
tanah, kemampatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut.
Hasil kajian yang dijalankan, sampel tanah dari lokasi B mengandungi
lebih makrofauna dibandingkan dengan sampel tanah di lokasi A. ini dapat dilihat
apabila dapatan hasil kajian menunjukkan sampel tanah di lokasi B mempunyai
seekor lipas pasir, seekor cacing tanah, seekor cacing gelang (nematodes),
enam ekor semut, lapan ekor kelkatu dan dua ekor siput, manakala dapatan hasil
kajian bagi sampel tanah di lokasi A mendapati hanya dua spesies makrofauna
yang ditemui iaitu dua ekor semut dan seekor kutu kayu. Sampel tanah lokasi B
diambil dari kawasan tepi kolam manakala sampel tanah lokasi A diambil di
tempat pembakaran sampah. Berikut merupakan Graf 1 yang menunjukkan
perbandingan antara makrofauna dalam sampel tanah di lokasi A dan lokasi B :
12