Page 14 - AMALI BIOTA TANAH (NUR SYAMIMI)_Neat
P. 14
naungannya adalah rendah iaitu sebanyak 20%. Hal ini kerana kekurangan flora
atau komponen biotik lain untuk melitupi kawasan tersebut menyebabkan
permukaan tanah menjadi panas oleh kerana terdedah dengan cahaya matahari
yang banyak. Kelembapan tanah juga adalah kurang pada bahagian permukaan
tanah menyebabkan makrofauna memasuki tanah yang lebih dalam untuk
mendapatkan kelembapan. Oleh kerana, tanah yang digali untuk dijadikan
sampel tidaklah terlalu dalam, maka hanya dua spesies makrofauna sahaja yang
ditemui dalam sampel tanah tersebut.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis. Fungsi utama
makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal
tanah. Makrofauna berperanan besar dalam mengekalkan kesuburan tanah.
Proses penguraian dalam tanah menjadi perlahan tanpa kehadiran makrofauna.
makrofauna berperanan dalam membaiki struktur tanah dan juga proses aliran
karbon dan agregasi tanah. Semut merupakan makrofauna yang sangat penting
dalam penguraian bahan organik. Semut akan memakan sisa-sisa organisma
yang mati dan mereput. Semut juga berperanan sebagai pemangsa dan hama
tanaman. Selain itu, semut juga penting sebagai ‘ecosystem engineers’ yang
membantu membaiki struktur tanah.
Selain semut, terdapat juga makrofauna lain dalam sampel tanah yang
berperanan untuk menyuburkan struktur tanah. Antaranya ialah, cacing tanah
yang dapat mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah dan membawa tanah
dari satu lapisan ke lapisan lain. Ia juga berperanan untuk memperbaiki
pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya serta najisnya
mengandungi kalsium yang dapat menyuburkan tanah. Seterusnya, cacing gelang
ataupun dikenali sebagai nematode yang membantu dalam pereputan bahan
organik. Kelkatu juga terdapat dalam sampel tanah lokasi B. Makanan bagi kelkatu
ialah sel tumbuhan yang telah mati, kayu, daun-daun kering, tumbuhan rendah
yang telah mati, rumput, najis dan humus.
14