Page 17 - AMALI BIOTA TANAH (NUR SYAMIMI)_Neat
P. 17
Dalam suatu komuniti, pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan
dan pengguna itu mungkin dimakan oleh pelbagai pengguna yang lain.
Berdasarkan rajah di atas, ia merupakan kombinasi daripada jaringan
makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa. Pada peringkat pertama
tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. Tumbuhan merupakan
bahan organik dimana akar tumbuhan dimakan oleh nematode seperti cacing.
Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati pula
dihuraikan oleh fungi dan bakteria. Pada peringkat kedua, tenaga dipindahkan dari
pengurai kepada arthropod. Pada peringkat terakhir, tenaga dipindahkan dari
arthropods atau nematod kepada pemangsa kecil seperti burung dan tikus.
Apabila tenaga mengalir menerusi suatu rantai makanan, hanya sebahagian kecil
daripada tenaga yang diambil oleh tiap-tiap rangkaian dipindahkan ke peringkat
yang berikutnya. Hal ini disebabkan oleh kerana pada setiap pemindahan,
kebanyakan tenaga hilang sebagai haba. Faktanya, kecekapan pengubahan
tenaga apabila sesuatu haiwan memakan tumbuhan (atau haiwan lain) adalah
pada amnya kurang daripada 20%.
Dengan kata lain, hanya 20% daripada tenaga yang terkandung di dalam
makanan digabungkan ke dalam ikatan kimia dalam tisu-tisu pengguna. Bakinya
hilang sebagai haba. Kehilangan tenaga secara beransur-ansur di setiap peringkat
rantai makanan ini pembatasan semula jadi ke atas jumlah berat bahan-bahan
hidup yang boleh wujud pada setiap peringkat. Berat seumpama ini dikenali
sebagai biomass dan berat ini dengan jelasnya berkurangan pada setiap peringkat
yang berturutan dalam rantai itu. Perkara ini dapat dijelaskan lagi melalui Rajah 9 :
Aliran Tenaga dalam Rantai Makanan. Di samping itu, apabila organisma yang
berada pada bahagian atas mati, iaitu burung dan tikus, nutrien dan tenaga tidak
akan hilang tetapi ia akan kembali semula ke tanah itu sendiri. Dalam situasi ini,
ulat-ulat akan memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma
seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi mereka dengan
memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati. Sepanjang proses pemindahan
tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain, 90 % daripadanya terbebas ke
persekitaran dalam bentuk haba.
17