Page 27 - Buku Pengurusan SKBEL 2020_Lucid
P. 27
SK Batu 48, Dungun BUKU PENGURUSAN SKBEL
2020
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
______________________________________________
TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru dan kakitangan sekolah ini adalah ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspeK
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbangrasa dan kasih
sayang.
1.4 Semua guru akan menganggotai jawatankuasa kecil di bawah Pengurusan Hal Ehwal
Murid.
1.5 Semua guru perlu memahami tanggungjawab dalam jawatankuasa kecil yang dianggotai,
tanggungjawab sebagai guru kelas dan tanggungjawab sebagai guru mata pelajaran dalam
pengurusan hal ehwal murid.
KEMASUKAN PELAJAR
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap pelajar sekolah ini akan didaftarkan ke dalam Buku Rekod Pendaftaran.
2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan dikelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku"Peraturan Sekolah" pada setiap masa dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam buku itu.
2.5 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari "Pendaftaran Sekolah".
DISIPLIN PELAJAR
3.1 Pelajar yang sering atau selalu melanggar "Peraturan Sekolah" akan dihadapkan ke Lembaga
Disiplin dengan kehadiran ibubapa penjaga bersama.
3.2 Pelajar yang melanggar disiplin dinyatakan di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983
bertarikh 17 November 1983 boleh dikenakan hukuman rotan mengikut kesalahan yang
ditetapkan.
3.3 Ibubapa atau penjaga, pelajar yang tidak hadir ke sekolah/ponteng tanpa sebab diperlukan
menulis surat kepada Guru Kelas anaknya.
3.4 Pelajar yang tidak memberikan surat menyatakan sebab tidak hadir di anggap ponteng dan
boleh dikenakan tindakan.
27