Page 31 - Buku Pengurusan SKBEL 2020_Lucid
P. 31

SK Batu 48, Dungun            BUKU PENGURUSAN SKBEL

                                                                               2020

                             STRATEGI MENCAPAI MATLAMAT DAN FOKUS HEM

                      __________________________________________________________


       1.     Pemantapan Unit-Unit  Hal Ehwal Murid menjadi faktor utama bagi mencapai matlamat dan

              fokus HEM 2020.


       2.     Peningkatan prestasi kehadiran pelajar akan dapat dicapai dengan penguatkuasa peraturan-

              peraturan sekolah mengenaian kehadiran ke sekolah.
              2.1 Menghubungi ibu bapa/penjaga murid melalui telefon dengan kadar segera terutamanya

                  yang melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

                         Rekodkan penggilan ini mengunakan borang yang disediakan dalam dua salinan
                         Satu salinan untuk simpanan dan satu salinan lagi serahkan kepada GPK HEM.

              2.2 Sekiranya murid ini tidak dapat dihubungi dengan telefon, sila maklumkan kepada pihak
                  kaunselor untuk tindakan selanjutnya terutamanya yang melibatkan kelas peperiksaan.

              2.3 Memastikan semua murid yang tidak hadir menyerahkankan surat doktor atau surat ibu
                  bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid tidak

                  hadir. Murid yang tidak hadir selama dua (3) hari berturut-turut tanpa surat doktor

                  dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga bersama-sama datang berjumpa dengan Guru
                  Besar (kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran murid itu ada sebab-sebab

                  munasabah yang kuat).
              2.4 Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak

                    datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau sepuluh (10) hari tidak
                  berturut tanpa surat.

              2.5 Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid masih tidak hadir atau tidak

                  menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat Amaran Pertama.
              2.6 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui ‘BERDAFTAR AKUAN PENERIMA’

                  sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua.  Surat tersebut

                  juga hendaklah dihantar untuk murid yang telah didapati ponteng sebanyak 40 hari bukan
                  secara berturut-turut.

              2.7 Selepas tempoh dua minggu dari tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir iaitu tidak
                  hadir 30 hari secara berturut atau 60 hari secara tidak berturut, Setelah semua tindakan di

                  atas telah diambil ,penyiasatan dikira selesai dan murid diklasifikasi sebagai murid cicir.







                                                                                                            31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36