Page 28 - Buku Pengurusan SKBEL 2020_Lucid
P. 28

SK Batu 48, Dungun            BUKU PENGURUSAN SKBEL

                                                                               2020

           3.5 Sekolah  mengamalkan  pendekatan  “Nasihat  dan  Bimbingan”  dalam  menangani  masalah

               disiplin.


                                             KESELAMATAN PELAJAR
           4.1  Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang masa mereka berada

               di  dalam kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan.

           4.2 Semua  pelajar  akan  dilindungi  dengan  Skim  Insurans  Takaful.  Pelbagai  peraturan  akan
               digubal bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

           4.3 Arahan keselamatan adalah merujuk kepada Buku Peraturan Sekolah atau perubahan arahan
               lain yang akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan sekolah dari masa ke semasa.



                                                KESIHATAN PELAJAR
           5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program

              yang dirancang seperti:
              5.1.1  Pemeriksaan gigi dan mata

                      5.1.2   Pemeriksaan kesihatan sekolah
                      5.1.3   Program Rancangan Makanan Tambahan

                      5.1.4   Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Jasman dan  Kesihatan

                      5.1.5   Ceramah dan Kempen
             5.2 Pelajar  yang  sakit  semasa  di  sekolah  akan  dimaklumkan  kepada  ibubapa/penjaga  murid

              untuk mengambil anak mereka. Pelajar ini akan menunggu di Pejabat               Sekolah sehingga
              dijemput oleh penjaganya dengan mencatat Buku Kebenaran Murid Keluar.

           5.3 Surat Pengesahan Pelajar akan diberikan kepada ibubapa penjaga murid secara percuma jika
              mahu mendapatkan rawatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

           5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital tanpa menghubungi pihak penjaga

              terlebih dahulu bagi kes kes kecemasan yang kronik.
           5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.



                                                KEBAJIKAN PELAJAR
           6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah kebajikan akan sentiasa cuba dibantu

               melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
           6.2 Pihak sekolah akan bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu dan kumpulan

               yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar sekolah ini.






                                                                                                            28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33