Page 3 - Buku Pengurusan SKBEL 2020_Lucid
P. 3

SK Batu 48, Dungun            BUKU PENGURUSAN SKBEL

                                                                               2020

                                      KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
                                  __________________________________
                                     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


                     Dengan  nama  Allah,  selawat  dan  salam  buat  junjungan  besar

                     Nabi  Muhammad  s.a.w.  serta  sekalian  sahabat-sahabat
                     baginda,guru-guru, kaum keluarga dan warga sekolah SK Batu
                     48. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya

                     Buku  Pengurusan  Guru  2020  telah  dapat  dihasilkan  dengan
                     membawa  harapan  buku  pengurusan  ini  dapat  membantu  dan

                     menjadi panduan semua warga SK Batu 48. Adalah diharapkan
                     dengan  terhasilnya  Buku  Pengurusan  Guru  2020  ini  akan
                     memacu Sekolah Kebangsaan Batu 48 ke arah kecemerlangan. Hasrat murni ini akan menjadi

                     realiti apabila semua panduan yang disediakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
                     berkesan.  Selain  itu,  kepimpinan  peringkat  sekolah  perlulah  efektif  dan  efisien,  mempunyai

                     barisan  guru  yang  berkualiti,  berilmu  pengetahuan,  berkemahiran  dan  memiliki  sikap  serta
                     sahsiah yang unggul.


                     Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi murid yang
                     cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita berdasarkan kerelaan dan
                     keikhlasan yang sejati. Tahun 2020 sudah bermula. Justeru, persiapan yang rapi semaksimum

                     mungkin perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Seluruh warga
                     SK  Batu  48  wajar  membuat  tranformasi  ke  arah  peningkatan  minda,  nilai  kualiti  kerja  serta
                     pembentukan sahsiah terpuji agar sekolah ini dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi

                     di arena Pendidikan Negara. Visi, Misi, Hala Tuju dan Matlamat sekolah perlu sentiasa dihayati
                     agar amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita bukan menjadi satu beban sebaliknya

                     satu ibadah.


                     Selamat bertugas, sekian terima kasih.


                     Saya yang menjalankan amanah,


                     ..............................................………
                     HJH ANIS RUWINA BINTI MOHD YUSOF
                     Guru Besar
                     SK Batu 48






                                                                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8