Page 5 - Buku Pengurusan SKBEL 2020_Lucid
P. 5
SK Batu 48, Dungun BUKU PENGURUSAN SKBEL
2020
LATARBELAKANG SEKOLAH
__________________________________
Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun mula dibuka pada 5 Januari 1969. Didirikan di atas Lot
No. 3158 yang berkeluasan 2.9439 ekar. Peringkat awal penubuhan, dua blok bangunan kayu
telah didirikan yang memuatkan enam buah bilik darjah dan sebuah pejabat.
Sebelum pembukaan sekolah ini, penduduk kampung ini menghantar anak mereka ke
sekolah yang agak jauh iaitu Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Dungun dan Sekolah Kebangsaan
Perempuan Dungun. Selain itu, ada juga yang menghantar ke sekolah Inggeris iaitu Sekolah
Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.
Atas inisiatif beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kampung Batu 48, yang diketuai oleh
Encik Sulaiman bin Ibrahim, mereka telah menyampaikan hasrat penubuhan sekolah ini kepada
YAB Menteri Besar Terengganu pada ketika itu, lalu tertubuhlah Sekolah Kebangsaan Batu 48,
Dungun. Encik Sulaiman bin Ibrahim seterusnya dilantik untuk menduduki Jemaah Pengurus
Sekolah.
Guru Besar pertama yang dilantik bagi sekolah ini ialah Tuan Hj. Ismail bin
Ambak. Pengambilan murid-murid untuk peringkat pertama adalah dari tahun 1 hingga tahun
6. Seramai 250 orang murid mendaftar untuk belajar pada tahun pertama dengan tenaga
pengajarnya seramai 7 orang.
5