Page 10 - E-BOOK PRAGMATIK
P. 10
KONSEP IRONI
• Secara literal, ironi bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan.
Dalam percakapan atau pertuturan, ironi merupakan suatu bentuk
kiasan, iaitu pernyataan yang membawa maksud lain daripada apa-
apa yang dituturkan.
• Orang mungkin keliru dengan istilah ironi dan sarkasme (sarcasm)
walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan tertentu. Dari segi
pengucapan, ironi menggunakan kata yang lebih lembut dan tidak
kasar.
• Ironi merupakan sesuatu yang menarik kerana kata-katanya
membawa maksud yang bertentangan dengan makna literalnya.
Ungkapan’’kita kian dekat apabila berjauhan’’ merupakan satu
ironi.
ANALISIS KLASIK IRONI
• Menurut Maslida (2002: 1240), secara tradisi, ironi dianalis
berdasarkan pemerian makna yang bertentangan dengan makna
literal ayat yang diujarkan.
• Menurut analisis ini, ujaran ‘’Kemasnya bilik awak ni!’’
mempunyai makna literal ‘’bilik yang dikatakan itu berkeadaan
kemas’’, dan makna kiasan ‘’bilik yang dikatakannya itu
sebenarnya berselerak’’