Page 333 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 333

Bab 3 - 54






           3.4.9   Kadar Kematian dan Kapasita Sedia Ada

           Kadar kematian di negeri Johor mencatatkan sebanyak 21,776 pada tahun 2019. Daerah Johor Bahru
           mencatatkan kadar kematian paling tinggi iaitu sebanyak 7,068 orang manakala Daerah Mersing
           mencatatkan kadar kematian paling rendah di Negeri Johor iaitu sebanyak 634 orang sahaja.


           Analisis keperluan semasa tempat perkuburan lain-lain agama juga merupakan salah satu keperluan
           kajian supaya kawasan yang telah dirizab sebagai tempat perkuburan dapat menampung jumlah
           penduduk lain-lain agama di sesuatu petempatan.


           Bagi kapasiti tempat perkuburan sedia ada, sebanyak 572 tapak perkuburan masih mencatatkan
           bilangan ruang pengkebumian dalam kadar yang tinggi. Keperluan penyediaan tapak perkuburan di
           Negeri Johor adalah rendah pada masa kini kerana rata-rata tanah perkuburan dalam daerah masih
           mampu menampung kadar kematian sedia ada tetapi sangat diperlukan bagi kawasan di populasi tinggi

           penduduk lain-lain agama terutamanya di Daerah Johor Bahru .


           Secara amnya, keperluan semasa bagi tempat perkuburan lain-lain agama di setiap daerah di Negeri
           Johor adalah dalam keadaan yang sangat mencukupi.

            Jadual 3.27 : Analisis Kadar Kematian dan Kemudahan Tempat Perkuburan Lain-Lain Agama
                                                         Tempat Perkuburan Lain-Lain
                    DAERAH             Bil. Kematian*
                                                             Agama Sedia Ada
            Johor Bahru                   7,068                   28
            Kluang                        2,089                   16
            Kota Tinggi                   1,661                   12
            Mersing                        634                    6
            Muar                          1,952                   17
            Pontian                       1,359                   10
            Segamat                       1,539                   23
            Kulai                         1,317                   11
            Tangkak                       1,010                   23
            Batu Pahat                    3,147                   15
                   JUMLAH                 21,776                 161
            Sumber : *Perangkaan Penting, 2020

            Jadual 3.28 : Piawaian Tempat Perkuburan Lain-Lain Agama
                    KEMUDAHAN                          PIAWAIAN
                                       1 hektar : 600 kubur penduduk lain-lain agama
             Tempat Perkuburan Lain-Lain Agama
                                       1 hektar : 5,000 penduduk (tempoh 20 tahun)
            Sumber: *Manual Piawaian dan Garis Panduan Perancangan Negeri Johor, JPBD Negeri Johor, 2014





                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   328   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338