Page 335 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 335

Bab 4- 2





          4.1 Amalan Terbaik : Tokong Buddha

          4.1.1  Wat Phikulthong Vararam
                Lokasi : Tumpat, Kelantan

          Wat Phikulthong Vararam di Kampung Terbok dibina
          pada tahun 1959, dengan keluasan 12 ekar. Wat ini
          terkenal dengan rupa-Buddha berdiri setinggi 49.9 kaki,
          dan menjadi salah satu pusat tarikan pelancongan utama di
          Kelantan serta dikunjungi oleh penganut ajaran Buddha
          dari seluruh dunia terutamanya ketika musim perayaan
          utama.

          Wat   ini  ditadbir  secara  tradisi  oleh  sekumpulan
          Sangha/Prak dibawah kawal selia Majlis Sangha Kelantan.
          Wat ini menjadi tempat untuk Prak /Sangha menginap,
          dan mempelajari serta menyebarkan ajaran Buddha tradisi
          Siam (Theravada). Prak adalah guru agama namun turut
          melakukan kerja harian seperti kerja pembersihan dan
          penyelenggaraan Wat dan lain-lain tugasan. Dalam Wat
          komponen dapur bukan suatu yang perlu disediakan,                  Rupa-Buddha Berdiri di Wat Phikulthong Vararam
          kerana kebiasaannya Sangha tradisi Siam akan menerima
                                                             Fungsi dan Peranan Wat :
          sumbangan makanan daripada para penganut pada setiap
                                                             •  Pusat Agama;
          pagi, dan Sangha pula tidak makan selepas tempoh tengah
                                                             •  Pusat Interaksi Komuniti Siam dan Tempatan
          hari. Mereka tidak juga memasak di dalam Wat.
                                                                (pusat pembelajarana bahasa ibunda);
                                                             •  Pusat Pembakaran mayat dan tapak kubur &
          Seni bina dan motif yang diukir di Wat ini menyerupai ciir-
                                                                kolumbarium.
          ciri Wat-wat lain di Thailand, kerana ajaran Buddha yang
          diamalkan di sini berasal daripada masyarakat Siam.
          Susun atur Wat:
          1.  Bahagian tengah Wat ialah kawasan terbuka yang
              dijadikan sebagai tempat letak kenderaan. Terdapat
              juga pondok-pondok rehat dan rumah/bilik tamu .
          2.  Sebelah barat adalah rumah Prak/Sangha, dewan
              makan, rumah mayat dan sekolah Bahasa Siam.
          3.  Sebelah timur pula adalah Ubosot iaitu terdapat
              dewan-dewan agama dan tempat penginapan ketua
              Prak.
          4.  Manakala di bahagian selatan terdapat rupa-Buddha
              yang tinggi, kubur, krematorium dan kolumbarium.

          Ciri-ciri lain dipaparkan dalam Jadual 4.1.






                                                               Senibina dan Ukiran Wat Yang Bercirikan Rekabentuk Tradisi Agama Buddha Siam
                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340