Page 339 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 339
Bab 4- 6
4.1.3 “Si” Agama Buddha Tradisi Han (China)
Lokasi : Negara China
Tokong Buddha tradisi Han (China) Mahayana digelar
“Si”. Tokong ini kebiasaannya terdiri daripada satu
bangunan kluster (digelar monastery), yang mana saiz
dan bilangan bangunan di dalamnya adalah berbeza dan
bergantung kepada tokong tersebut. Reka bentuk
bangunan dan hiasan tokong Buddha ini secara
tradisinya menggunakan ciri-ciri reka bentuk tradisi
China. Kebiasaannya tokong ini mempunyai rupa-
Buddha, Bodhisattva (seperti Guanyin), Four Heavenly
Kings dan lain-lain. Reka bentuk pagoda tokong ini
adalah berbeza daripada pagoda tradisi agama Buddha
lain, dan ia mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang Tokong Fawant Adalah Tokong Kedua Tertua di China
tersendiri.
Tokong China yang bersaiz besar boleh mencecah sehingga 100 km dan kebiasaannya terletak di kawasan luar
2
bandar atau kawasan bukit/tanah tinggi, kawasan tasik, tepi sungai besar atau kawasan lembah hijau. Ia bertujuan
agar Sangha dan penganut Buddha dapat menumpu kepada pembelajaran Buddha, meditasi, chanting serta
peningkatan kendiri. Manakala tokong yang bersaiz lebih kecil, yang terletak di kawasan petempatan atau bandar-
bandar pula berfungsi sebagai tokong kegunaan orang awam selain kepada Sangha dan penganutnya.
Rajah 4.1 : Contoh Susunatur dan Keratan Rentas Rajah 4.2 : Contoh Rekabentuk Tokong Tradisi Han di China,
Keseluruhan Tokong Tradisi Han, China iaitu Nan-Chan Monastery.
Sumber: Wei Ran (2000). “Buddhist Buildings – Ancient Chinese Architecture”, China: Springer-Verlag/Wien (translated by Pan Jingyi)
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A