Page 343 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 343
Bab 4- 10
4.2 Kaedah Amalan Terbaik Tokong Tao
4.2.1 Tokong Tao /Cina : Kuan Yin Ting
Lokasi : Bukit Maluri, W.P Kuala Lumpur
Tokong Kuan Yin Ting di Kuala Lumpur terletak di dalam pusat perkhidmatan atau perniagaan yang menjadi
tumpuan masyarakat. Tokong ini merupakan salah satu tokong agama Tao atau dewa Cina yang dibina dengan
reka bentuk tradisi Cina.
Susun atur ruangan tokong ini mempunyai fungsi yang tersendiri. Pada bahagian depan bangunan tokong
merupakan bangunan satu tingkat yang menjadi dewan utama untuk beribadat kepada Bodhisattva, Dewa dan
Dewi. Di ruangan atas dewan utama tidak dibenarkan pembinaan struktur seperti bilik atau ruang untuk
aktiviti. Manakala di bahagian tengah dewan utama mempunyai ciri ‘ruang terbuka’, yang membolehkan
pencahayaan dan pengudaraan semula jadi ke dalam bangunan tokong. Selain itu, bahagian belakang tokong ini
terletak di atas platform yang lebih tinggi. Ruangan ini dijadikan dewan sembahyang dan kegunaan lain seperti
bilik rehat dan sebagainya.
Tokong Tao/Cina kebiasaannya dihiasi dengan
Long (Naga) dan ukiran-ukiran tradisi di tiang-
tiang bangunan, dinding dan bumbung.
Bahagian tepi tokong ini (kiri dan kanan)
disediakan ruang berehat atau bersosial dengan
pondok-pondok dan kerusi. Selain itu, terdapat
sebuah bangunan disediakan bersebelahan
tokong untuk kegunaan aktiviti masyarakat
seperti tarian singa. Di hadapan bangunan
tokong disediakan ruangan tempat letak kereta
terbuka serta digunakan juga untuk aktiviti
agama pada bulan 7 atau digelar Bulan Hantu.
Tokong Kuan Yin Ting
Hiasan dan Motif Senibina Memaparkan Simbolik Tokong bercirikan Rekabentuk Cina
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A