Page 347 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 347
Bab 4- 14
4.2.3 Tokong Dewa Cina (Miao)
Lokasi : Negara China
Sejak zaman dahulu, kepercayaan tradisi masyarakat
Cina adalah mempercayai dan memujua dewa dan
dewi. Lazimnya, penganut Cina menyembah kepada
pelbagai dewa atau dewi yang seperti dewa-dewi
syurga, orang besar (kaya dan berpangkat) dan orang
baik hati pada zaman dulu, dewa-dewi tanah, dewa-
dewi tempatan, dan dewa-dewi daripada neraka atau
hantu.
Bangunan Tokong Cina ini mengikut reka bentuk istana
Contoh Tokong Cina (Miao)
China, yang biasanya merangkumi:
• Dewan dengan berhala Dewa/Dewi
• Bilik rehat / tidur untuk penjaga.
• Bilik simpanan.
• Tempat makan dan dapur.
• Kemudahan seperti bilik air dan ruang mencuci.
• Keluasan tapak adalah pelbagai dan dianggarkan
antara 1-3 ekar.
• Bumbung dan tiang-tiang tokong dihiasi dengan
“Long” (naga) dan/atau “Fong” (phoenix), yang
biasanya tiada di Dao Guan (Tokong Tao).
Senibina Tokong Cina (Miao)
Jadual 4.7: Keistimewaan Tokong Miao
Keistimewaan Penerangan
Tradisi Miao (tokong Cina / tokong Dewa-dewi)
Ciri-Ciri • Miao merupakan tempat untuk penganut sembahyang dan menunjukkan
Perancangan penghormatan kepada dewa dan dewi.
• Satu tokong/Miao terdapat lebih daripada satu dewa dan dewi.
• Sebagai tempat sembahyang kepercayaan tradisi Cina, tokong ini dilengkapi dengan dewan
utama, dewan-dewan di sisi bangunan, bilik kelas (tidak wajib), dapur dan bilik makan, dan lain-
lain.
• Berhala/ patung Dewa-dewi hendaklah di letakkan di dewan utama dan tidak boleh di
ruangan/bilik lain.
• Dewan peringatan juga boleh disediakan di tokong ini (tidak wajib).
• Tokong ini kebiasaannya bersaiz kecil dan terletak di bandar dan juga luar bandar.
• Kebiasaannya mempunyai aktiviti meminta pandangan/ tunjuk ajar dewa-dewi melalui orang
medium atau peralatan khas.
Ciri-Ciri • Reka bentuk bangunan tokong yang bercirikan Cina dengan ruang courtyard di ruangan tengah
Rekabentuk dewan atau bilik-bilik empat sisi bangunan.
• Bumbung dan tiang-tiang dihiasi dengan “Long” (atau dikenali Naga), Fong” (phoenix) dan lain-
lain.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A