Page 345 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 345

Bab 4- 12








           4.2.2   Tokong Tao/Cina: Beng Hock Sean Siah
                 Lokasi : Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara



           Tokong Beng Hock Sean Siah merupakan
           salah satu tokong agama Tao / dewa Cina besar
           yang dibina dengan reka bentuk tradisi Cina
           dalam bentuk bangunan “4 sisi”. Di bahagian
           hadapan tokong merupakan bangunan satu
           tingkat yang bertindak sebagai pintu masuk
           manakala di tengah-tengah kawasan tokong
           pula  terdapat  ruangan  terbuka  (central
           courtyard). Di bahagian kiri dan kanan tokong
           adalah bangunan dua tingkat yang menyediakan
           bilik pejabat, pelbagai jenis bilik dan ruang  Senibina Tokong Beng Hock Sean Siah Bermotifkan Long
           untuk aktiviti sokongan. Di bahagian belakang
           pula terdapat bangunan berketinggian dua
           tingkat yang dijadikan dewan utama untuk
           upacara sembahyang Dewa dan Dewi.


           Selain itu di bahagian sisi bangunan utama
           tokong terdapat sebuah dewan serba guna
           dengan reka bentuk moden untuk pelbagai
           aktiviti agama, masyarakat  dan kebajikan.
           Kawasan lapang yang luas  digunakan untuk
           aktiviti     besar-besaran      seperti
                                                    Pintu Gerbang Tokong Beng Hock Sean Siah
           perayaan/upacara  Bulan  Hantu  dan  juga
           sebagai tempat untuk meletak kenderaan.
           Selain itu terdapat sebuah pintu gerbang
           dengan reka bentuk tradisi Cina.



















                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350