Page 342 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 342

Bab 4- 9       K
                                                                                                            I
                                                                                                            A
                                                                                                            B
                                                                                                            R
                                                                                                            E
                                                                                                            T

                                                                                                            N
                                                                                                            A
                                                                                                            L
                                                                                                            A
          4.1.5   Vihara Agama Buddha di Sri Lanka                                                          M  A

                 Lokasi : Sri Lanka                                                                         H
                                                                                                            A
                                                                                                            D
                                                                                                            E
          Vihara menjadi tempat penginapan Sangha dan tempat sembahyang bagi penganut Buddha di Sri Lanka. Selain  A
                                                                                                            K
          sebagai pusat keagamaan, Vihara juga berfungsi sebagai pusat pendidikan. Vihara juga merupakan tempat
          pertemuan atau pelantikan organisasi Buddha sama ada di kalangan jawatan kuasa tertinggi Buddha atau orang
          awam. Vihara biasanya dilengkapi dengan bilik penginapan, Stupa, pagoda, Rupa-Buddha , Sima Hall ,
          dewan/bilik/bangunan meditasi, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Sima Hall tidak semestinya dibina di
          Vihara yang kecil. Menurut sejarah, pada asalnya Vihara adalah tempat penginapan Sangha semasa hujan.



          Kelompok bangunan untuk Vihara di Sri Lanka










                                                                Contoh Stupa di Sri Lanka











                                                                Contoh Rupa-Buddha dan Vihara
          Jadual 4.4 : Keistimewaan Vihara Agama Buddha di Sri Lanka
            Keistimewaan  Penerangan
           Tradisi       Sri Lanka
           Ciri-Ciri     •  Vihara merupakan satu penempatan khas untuk Sangha dan juga untuk orang awam mempelajari
           Perancangan      ajaran Buddha atau mempraktikkan ajaran Buddha.
                         •  Sebagai penempatan Sangha, ia dilengkapi dengan bilik-bilik penginapan Shangha. Walau
                            bagaimanapun ia tidak semesti mempunyai dapur  kerana Sangha tradisi Sri Lanka tidak
                            memasak dan makanan diberi sumbangan oleh orang awam. Terdapat juga bilik mempelajari
                            agama/meditasi, dan lain-lain.
                         •  Sebagai tempat mempelajari dan praktis ajaran Buddha, ia dilengkapi dengan dewan utama, Sima
                            Hall, perpustakaan, bilik kelas, bilik meditasi dan lain-lain.
           Ciri-Ciri     •  Reka bentuk bangunan yang bercirikan Sri Lanka dengan dilengkapi dengan Stupa, pagoda, pokok
           Rekabentuk       Boddhi, dan lain-lain.
                         •  Rupa-Buddha (berhala Buddha) diadakan di dalam dan luar bangunan.
           Jenis         Tiga (3) jenis Vihara iaitu:
                         •  Vihara Di-Raja
                         •  Vihara awam
                         •  Pusat agama


                                                               KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                                                               I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347