Page 340 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 340

Bab 4- 7       K
                                                                                                            I
                                                                                                            A
                                                                                                            B
                                                                                                            R
                                                                                                            E
                                                                                                            T

                                                                                                            N
                                                                                                            A
                                                                                                            L
                                                                                                            A
                                                                                                            M
                                                                                                            A

           Tradisi Han sahaja yang mewajibkan Sangha untuk vegetarian iaitu tidak makan daging binatang atau hidupan  H
                                                                                                            A
           laut serta tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang. Sangha tradisi Han juga dibenarkan  D
                                                                                                            E
           untuk mengambil makanan selepas tempoh tengah hari. Sehubungan itu, Si tradisi China mempunyai dapur  A  K
           untuk memasak dan juga dewan makan.
           Selain itu, Si di China juga mempunyai kebun untuk
           Sangha bercucuk tanam, tetapi ia tidak dipraktikkan
           untuk Wat atau Vihara. Si tradisi China juga
           mementingkan kesenian. Oleh itu, terdapat banyak
           lukisan, tulisan, rupa-Buddha, mural dan seni
           landskap China yang berunsurkan ajaran Buddha,
           imej Buddha mahupun imej Bodhisattva.
                                                           Pagoda Lingxiao, Hebei dan Pagoda Luihe, Zhejiang Yang Dibina
                                                           Semasa Dinasti Song (1045AD)

           Jadual 4.3 : Keistimewaan “Si” Agama Buddha Tradisi Han (China)
            Keistimewaan  Penerangan
           Tradisi        Han, China
           Ciri-Ciri      •  Si merupakan satu penempatan khas untuk Sangha dan juga untuk orang awam mempelajari atau
           Perancangan      mempraktikkan ajaran Buddha.
                          •  Sebagai penempatan Sangha, tokong ini dilengkapi dengan bilik-bilik penginapan Sangha, dapur,
                            dewan/bilik makan, tempat jemur baju, kebun (tidak wajib), bengkel membuat peralatan/seni
                            (tidak wajib), ruang bersukan/ kung fu (tidak wajib) dan lain-lain.
                          •  Tokong ini dilengkapi dengan dewan utama, dewan tengah, perpustakaan, bilik kelas, bilik
                            meditasi dan lain-lain bagi mempelajari dan praktis ajaran Buddha.
                          •  Tokong ini mempraktikkan konsep hijau dan belas kasihan (mercy / benevolence).
                          •  Tokong ini menyediakan taman dan tasik, penginapan untuk orang tua / anak yatim (tidak wajib),
                            klinik (tidak wajib), dewan peringatan (tidak wajib), kolumbarium (tidak wajib) dan juga ruang
                            untuk aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
                          •  Bunyi Gong dan Gendang digunakan untuk tujuan memanggil orang ramai dan melaporkan masa.
                          •  Pelbagai peralatan muzik digunakan semasa upacara dan aktiviti agama untuk membolehkan
                            orang awam beribadat (membaca / sembahyang) secara seragam.
           Ciri-Ciri      •  Reka bentuk bangunan yang berunsurkan istana China dan dilengkapi dengan pagoda.
           Rekabentuk Si  •  Di bahagian tengah tokong kebiasaannya adalah courtyard empat sisi dengan bangunan yang
                            terletak di sekelilingnya.
                          •  Terdapat tiga pintu masuk tokong atau dewan utama dan pintu-pintu lain di sisi bangunan
                            tokong. “Tiga Pintu” dalam sebutan Cina adalah “Shan Men” dan adalah sinonim dengan sebutan
                            “Pintu Bukit” yang menggambarkan tokong yang besar yang terletak di kawasan bukit.
                          •  Terdapat rupa- Buddha, Bodhisattvas dan dewa di dalam dan luar bangunan untuk membolehkan
                            penganut mengingati ajaran Buddha.
           Jenis          Terdapat dua (2) jenis Si:
                          •  Kelompok tokong di kawasan bukit/tanah tinggi, luar bandar, sekitar pertanian atau hutan
                          •  Tokong yang lebih kecil di kawasan penempatan atau bandar








                                                               KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                                                               I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345