Page 341 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 341
Bab 4- 8
4.1.4 Wat Agama Buddha Tradisi Siam
Lokasi : Thailand
Wat adalah gelaran tokong Buddha oleh bangsa Siam/Thai
di Thailand, Combodia, Yunnan (China) dan sekitarnya. Wat
adalah satu kompleks dengan pelbagai bangunan termasuk
stupa/chedi/pagoda, ubosot (Sima Hall) dewan
dharma/agama, perpustakaan, tempat penginapan Sangha,
sekolah, krematorium, dewan pengurusan kematian dan
lain-lain. Kompleks wat yang kecil tidak semestinya
mempunyai semua dewan tau bilik ini. Walau
bagaimanapun, dewan agama dan tempat penginapan
Sangha merupakan ruangan yang perlu ada. Ubosot atau
tempat upacara seseorang menjadi Sangha pula hanya Contoh Reka Bentuk Wat di Thailand
terdapat di Wat yang besar sahaja.
Prang (Menara) di Wat Arun, Mercu Chinthe (seperti Singa) di Contoh Rupa-Buddha Contoh Naga di Wat
Tanda Utama di Bangkok pintu masuk Wat
Jadual 4.5 : Keistimewaan Wat Agama Buddha Tradisi Siam
Keistimewaan Penerangan
Tradisi Siam
Ciri-Ciri • Wat merupakan satu penempatan khas untuk Sangha (Prak, sebutan Siam) dan juga untuk orang
Perancangan awam mempelajari ajaran Buddha atau mempraktikkan ajaran Buddha.
• Sebagai penempatan Sangha, Wat ini dilengkapi dengan bilik-bilik penginapan Sangha, bilik
mempelajari agama/meditasi, Ho Rakhang (menara loceng), dan lain-lain. Namun wat ini tidak
semestinya mempunyai dapur kerana Prak tidak memasak kerana menerima sumbangan
makanan dari orang awam.
• Wat juga dilengkapi dengan dewan agama (Wihan, Mondop), Ubosot, perpusatakaan (Ho Trai),
bilik kelas, bilik meditasi dan lain-lain bagi mempelajari dan praktis ajaran Buddha,
• Sebagai tempat masyarakat dan kebajikan, Wat juga mempunyai sekolah, krematorium,
kolumbarium, kubur kecil, dewan makan dan lain-lain.
Ciri-Ciri • Rekabentuk bangunan yang bercirikan Siam dengan dilengkapi dengan Chedi/Stupa,
Rekabentuk Prang/menara, rupa-Buddha, Chinthe (seperti singa), naga, dan lain-lain.
• Wat biasanya mempunyai kelompok bangunan-bangunan.
• Rupa-Buddha diadakan di dalam dan luar bangunan.
Jenis Tiga (3) jenis Wat iaitu:
• Wat Di-Raja
• Wat awam yang diiktiraf oleh kerajaan
• Wat yang tidak diikitraf oleh kerajaan
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A