Page 337 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 337
Bab 4- 4
4.1.2 Tokong Buddha Ching Giap See
Lokasi : Muar, Johor
Tokong Buddha Ching Giap See adalah tokong tradisi Han (China), dan merupakan salah satu tokong
terbesar di Johor. Tokong ini menjadi mercu tanda di Muar serta menjadi tempat tarika pelancong. Ia
juga berfungsi sebagai pejabat kepada Malaysian Buddhist Association (MBA) Cawangan Kecil Muar.
Tokong ini dibina pada tahun 1946, dan dibina semula pada tahun 1969. Pada tahun 1982, tokong ini
telah diubahsuai dan diperbesarkan kawasannya dan kini meliputi kawasan seluas 1 ekar.
Dari aspek susun atur bangunan, tokong ini
terdiri daripada dua blok bangunan utama.
Bangunan asal di bahagian hadapan yang
berketinggian 1.5 tingkat dibina mengikut
reka bentuk tradisi Han/China. Penggunaan
ruang di dalam tokong ini termasuklah
dewan utama, dewan tengah, dapur, bilik
makan, ruang tamu dan pejabat. Bangunan
baharu tiga tingkat di bahagian belakang
pula terletaknya bilik-bilik penginapan
Sangha, kolumbarium, bilik peringatan,
perpustakaan dan bilik-bilik untuk pelbagai
aktiviti. Tokong Buddha Ching Giap See
Selain itu, ruang terbuka di hadapan tokong
digunakan untuk meletak kenderaan
dengan pagoda-pagoda Cina. Terdapat
sebuah pintu gerbang dan pagar di pintu
masuk tokong dengan reka bentuk tradisi
Cina. Landskap tumbuh-tumbuhan juga
turut disediakan di sekitar tokong.
Pintu Gerbang
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A