Page 349 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 349

Bab 4- 16





           4.3 Kaedah Amalan Terbaik Gereja

           4.3.1   St. Anne’s Sanctuary, Pulau Pinang
                 Lokasi : Bukit Mertajam, Pulau Pinang


           St. Anne’s Sanctuary terletak di Jalan Kulim, dengan keluasan tapak kira-kira 21.32 ekar, merupakan salah satu
           gereja terbesar di Malaysia. Gereja ini juga terletak hanya 2 kilometer dari kawasan Bandar Bukit Mertajam, Pulau
           Pinang. Pada tahun 1888, gereja pertama dikenali sebagai St. Anne’s Shrine telah dibina. Selepas itu, gereja kedua
           iaitu St. Anne’s Church yang terletak bersebelahannya siap dibina pada tahun 2002. Gereja St. Anne’s Sanctuary
           juga merupakan salah sebuah gereja yang dikunjungi oleh penganut, pelancong tempatan dan luar negara. Acara
           tahunan yang penting ialah St. Anne Feast pada 26hb Julai setiap tahun, dan perayaan ini disambut selama 9 hari.
           Adalah dianggarkan seramai 100,000 orang mengunjungi gereja ini dalam tempoh tersebut.



                                                               Struktur St Anne’s Church menggabungkan
                                                               reka bentuk bumbung Minangkabau dengan
                                                               seni bina Gothic, menjadikannya sebagai salah
                                                               satu struktur binaan yang mengagumkan di
                                                               Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya.
                                                               Gereja ini mempunyai susunan ruang lantai
                                                               salib serta bahagian reka bentuk dalaman yang
                                                               luas, di mana dapat menampung kapasiti
                                                               sebanyak 1,800 tempat duduk.


                                                               Dari segi perancangan pembangunan, terdapat
                                         St. Anne’s Church,Tahun 2002
                                                               1 pintu keluar/masuk utama yang diawasi 24
                                                               jam setiap hari oleh pengawal keselamatan.
                                                               Antara komponen utama adalah St. Anne’s
                                                               Shrine dan St. Anne’s Church, komponen-
                                                               komponen sokongan lain seperti bangunan
                                                               pejabat  pengurusan,  kedai  cenderahati,
                                                               dormitori, dewan serba guna, pusat kitar
                                                               semula, batu bersurat Cherok To’kun, St. Anne

          St. Anne’s Shrine, Tahun 1888  The Service Centres   Hill dan sebagainya.














                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   344   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354