Page 351 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 351
Bab 4- 18
4.3.2 Gereja Calvary, Kuala Lumpur
Lokasi : Bukit Jalil, W.P Kuala Lumpur
Gereja Calvary atau lebih dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur,
merupakan antara gereja terbesar di Asia iaitu berketinggian 6 tingkat dan berkeluasan 4.9 ekar dengan reka
bentuk moden. CCC mempunyai sebuah dewan utama atau auditorium berkapasiti 5,000 tempat duduk. Antara
kemudahan yang terdapat termasuklah dewan serba guna, dewan/bilik kuliah, nurseri, ruang niaga sampingan
serta kafe. Bermula tahun 1968, keahlian gereja cuma seramai 120 ahli sahaja namun atas usaha dan kepimpinan
pengasasnya Rev Tan Sri (Dr) Prince dan Puan Sri (Dr) Petrina Guneratnam, keahliannya semakin berkembang
sehingga mencecah 7,000 ahli.
Memandangkan penganut yang begitu
ramai, Life Group telah diperkenalkan
untuk mengeratkan perhubungan
serta meningkatkan spriritual need
dikalangan mereka. Selain daripada
pusat ibadah dan aktiviti keagamaan
utama, gereja ini juga berperanan
sebagai convention centre bertaraf
antarabangsa dengan menyediakan
pelbagai kemudahan sokongan yang
lengkap dalam kompleks berkenaan.
Slogan ‘PREACH’ merupakan moto yang
Gereja Calvary / Calvary Convention Centre
menjadi pegangan gereja ini.
P Preach the Gospel to ALL nations
R Research and publish materials on
church leadership and missiology
E Encourage and train pastors, leaders
and missionaries
A Assist churches in developing their
missions program
C Conduct evangelistic rallies, missions
Senibina Gereja Yang Moden Dewan Utama/ Auditorium Berkapasiti 5,000 and church growth conferences
Tempat Duduk H Help coordinate relief projects for
humanitarian needs globally
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A