Page 353 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 353
Bab 4- 20
4.3.3 Church of the Holy Name of Jesus, Pulau Pinang
Lokasi : Balik Pulau, Pulau Pinang
Church Of The Holy Name Of Jesus telah dibina pada tahun 1854 oleh Rev. Fr. Ducotey. Keluasan tapak gereja
ini adalah 2.5 ekar. Gereja ini mempunyai komponen yang lengkap seperti kemudahan tapak kubur kecil (7 plot)
untuk para Sister yang pernah berkhidmat di gereja ini, Sister Place atau rumah bersara untuk menempatkan
para Sister yang tidak lagi bertugas. Namun rumah tersebut tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut dan
dicadangkan untuk ditukar guna sebagai tempat penginapan awam. Selain itu, terdapat juga bilik upacara
pengebumian (funeral parlour) disediakan di sini.
Selain itu, kawasan lapang di tengah-tengah tapak gereja juga dibuka untuk aktiviti perayaan dan sambutan khas
bagi orang Balik Pulau khususnya. Penganut Kristian berbangsa Cina yang tinggal di Balik Pulau kebanyakannya
berdialek Hakka. Mereka akan mengadakan sembahyang khas setiap tahun apabila tibanya musim durian sebagai
satu tanda kesyukuran terhadap hasil yang diperoleh. Sembahyang khas ini merupakan suatu upacara unik yang
cuma terdapat di gereja ini.
Gereja ini bukan sahaja didatangi oleh Penganut
Katolik di kawasan Balik Pulau, namun menarik
perhatian pelancong tempatan dan juga luar negara
kerana lokasi gerejanya yang terletak di tepi jalan
utama – Jalan Balik Pulau yang amat strategik.
Church of The Holy Name Of Jesus Dewan Utama Yang Boleh Menampung 400 Orang
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A