Page 361 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 361
Bab 4- 28
4.4.4 Kuil Sri Sivan
Lokasi : Geylang, Singapura
Kuil Sri Sivan di Singapura ini asalnya dibina
pada tahun 1821 di Potong Pasir, namun
dipindahkan ke Jalan Orchard dalam tahun
1940an. Kuil ini telah diterapkan di dalam Hindu
Endowment Board Singapura 1915 . Kerajaan
Singapura membuat pengambilan balik tanah di
lokasi kuil ini dalam lewat 70an untuk
pembinaan Stesen MRT Dobby Ghat. Lokasi
baharu kuil ini adalah di Geylang bersebelahan
dengan Monasteri Fui Chan Singapore.
Kuil Sri Sivan di Geylang Singapura
Keluasan tapak kuil adalah 3,000 meter persegi dan kuil ini dibuka pada
tahun 1993. Keunikan kuil ini kerana terdapat sebuah bangunan dua tingkat
berbentuk Delapan (octagon) di bahagian tengah dan dikelilingi blok
bangunan untuk kegunaan kuarters dan dewan orang ramai.
Kuil unik ini memenuhi keperluan pembinaan sesebuah kuil Hindu seperti
menghadap arah timur, mempunyai gopuram, vahana, maha mantapa, stupi
dan vimana. Kemudahan tempat letak kereta disediakan bersama laluan
pejalan kaki, ruang landskap dan kedai butik. Kuil ini terletak berdekatan Sisi Bangunan Berbentuk Delapan
Stesen MRT Paya Lebar, dan berhadapannya terdapat kawasan lapang hijau
yang memisahkannya daripada blok perumahan HDB Singapura.
Jadual 4.16: Amalan Terbaik Kuil Sri Sivan
Kriteria Keistimewaan Penerangan
Komponen yang lengkap ● Konsep Kuil Hindu dalam bandar.
Aksesibiliti yang baik ●
Landskap • Pokok dan tanaman hiasan
Tempat letak kenderaan yang
mencukupi ●
Kemudahan Dewan sembahyang utama, dewan serbaguna,ruang
Penyelenggaraan bangunan pelawat, bilik kuliah/seminar, kedai, bilik pengurusan,
yang baik ● dewan serbaguna, tandas, tempat letak kenderaan,
Ciri-ciri keselamatan ● Girbagharga, Vimanam, Gopuram dan Stupa.
Ciri-ciri bangunan hijau ●
GBI Lampu LED dan pencahayaan semulajadi
Kemudahan OKU & warga emas ●
Penyediaan landskap ● Kemudahan OKU Ramp dan Handrail
Perimeter planting ● Perkhidmatan • Kelas agama dan kebudayaan
Laman web / media sosial ● • Perkahwinan dan pendaftaran perkahwinan
Berhampiran pengangkutan awam ● • Sambutan perayaan
• Program keagamaan
Program keagamaan & perayaan ●
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A