Page 365 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 365
Bab 4- 32
4.5.2 Gurdwara Guru Nanak Darbar
Lokasi : Jebel Ali Village, Dubai
Gurdwara Guru Nanak Darbar ini merupakan satu-satunya kuil Sikh yang terdapat di Dubai yang dibuka
secara rasmi pada tahun 2012. Kelulusan Gurdwara ini diberikan oleh Majlis Imam UAE (Emiriah Arab
Bersatu) serta tanah berkeluasan lebih dua ekar dikurniakan Perdana Menteri UAE pada ketika itu iaitu Sheikh
Mohamed bin Rashid Al Makhtoum.
Selain itu, Gurdwara ini menjadi kuil Sikh yang pertama dianugerahkan pensijilan ISO dan telah memperoleh
sijil Guinness World Records. Gurdwara ini mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibina dengan kos mencapai
USD20 juta. Ia juga dimasukkan dalam senarai pelancongan oleh Jabatan Pelancongan Dubai dan menerima
ramai pengunjung dari seluruh dunia kerana keunikan seni bina dan kedudukannya dalam sebuah negara
Islam.
Gurdwara dua tingkat ini dibina dengan
reka bentuk unik menggabungkan seni bina
tradisi Sikh dan kontemporari. Ia dikelilingi
elemen air untuk mewujudkan konsep sama
seperti di Golden Temple, Amritsar, Punjab.
Terdapat dua akses masuk ke Gurdwara dari
jalan utama. Selain itu, Gurdwara ini
mempunyai tiga aras bawah tanah tempat
letak kereta berkeluasan 25,000 kaki
persegi yang dapat menempatkan 140
kereta pada satu-satu masa.
Guru Nanak Darbar Sikh Temple, Dubai
Ruang Dalaman Guru Nanak Darbar Sikh Temple
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A