Page 363 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 363

Bab 4- 30





          4.5 Kaedah Amalan Terbaik Gurdwara

          4.5.1    Gurdwara Sahib Guru Nanak
                 Lokasi : Shah Alam, Selangor

          Gurdwara Sahib Guru Nanak dibuka pada tahun 2015 di atas tanah seluas hampir dua ekar di Seksyen 18,
          Shah Alam. Tanah Gurdwara ini adalah tanah yang diwartakan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk pembinaan
          Gurdwara. Sejak tahun 1983 (sebelum Gurdwara ini dibina) penganut di sekitar Seksyen 18, menggunakan

          sebuah unit lot hujung kediaman kos rendah di Taman Sri Muda. Kini, dengan adanya bangunan Gurdwara ,
          ianya mampu menampung sehingga 400 keluarga penganut Sikh yang tinggal di sekitar kawasan Shah Alam.
          Pembangunan Gurdwara ini memfokuskan kepada ‘pendidikan’ iaitu  sebagai pusat pembelajaran untuk
          komuniti Sikh.

           Gurdwara tiga tingkat ini dibina mengikut seni bina
           dan ruang-ruang keperluan yang perlu ada dalam
           sesebuah institusi Gurdwara. Bahagian bawah
           adalah ruang untuk pengurusan manakala tingkat
           satu dan dua adalah ruang untuk kemudahan
           keagamaan dan sokongan lain.


           Kawasan di luar Gurdwara di sediakan tempat
           meletak kenderaan dan padang hoki. Landskap
           disediakan  di  sekeliling  bangunan  dengan
           penanaman pokok renek.

                                                                       Gurdwara Sahib Guru Nanak Seksyen 18, Shah Alam


           Jadual 4.21: Amalan Terbaik GurdwaraSahib Guru Nanak, Shah Alam
           Kriteria                         Keistimewaan  Penerangan
           Komponen yang lengkap       ●   Konsep        Moden
           Aksesibiliti yang baik      ●
                                           Landskap      • Laluan pejalan kaki.
           Tempat letak kenderaan yang
           mencukupi                   ●                 • Dihiasi seni landskap pokok dan tumbuhan renek.
           Penyelenggaraan bangunan        Kemudahan     Dewan sembahyang utama, bilik tetamu, bilik/kelas
           yang baik                   ●                 pengajian dan seminar, dewan serba guna, langar dan
           Ciri-ciri keselamatan       ●                 dapur masak, tandas, pejabat pengurusan, pantri, bilik
                                                         persalinan wanita, stor dan bilik penginapan.
           Ciri-ciri bangunan hijau    ●
           Kemudahan OKU & warga emas  ●   GBI           Lampu LED dan pencahayaan semulajadi
           Penyediaan landskap         ●   Kemudahan OKU  Ramp, Handrail dan Lif
           Perimeter planting          ●   Perkhidmatan
           Laman web / media sosial    ●                 • Kelas agama dan kebudayaan
                                                         • Perkahwinan dan pendaftaran perkahwinan
           Berhampiran pengangkutan awam  ●              • Sambutan perayaan
           Program keagamaan & perayaan  ●               • Aktiviti sosial dan kemasyarakatan



                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   358   359   360   361   362   363   364   365   366   367   368