Page 369 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 369

Bab 4- 36







           4.5.4     Gurdwara Sri Guru Singh Sabha
                  Lokasi : Southall, London


           Gurdwara Sri Guru Singh Sabha juga dikenali sebagai Havelock Road Gurdwara. Ia merupakan Gurdwara yang
           terbesar di London, dan menjadi Gurdwara yang pertama melibatkan perancangan sepenuhnya daripada komuniti
           Sikh. Ia mula dibina pada 2000 dan dibuka pada tahun 2003 dengan keluasan bangunan sekitar 6,000 meter
           persegi. Gurdwara ini boleh menampung sehingga 3,000 orang pada satu masa. Kos pembinaan Gurdwara ini
           sekitar 17 juta Pound yang dibangunkan hasil kutipan sumbangan dana masyarakat setempat.

                                                        Gurdwara ini berketinggian dua tingkat dengan tingkat
                                                        bawah  menempatkan  dewan   sembahyang  utama
                                                        manakala tingkat atas sebagai ruang galeri terbuka.
                                                        Bangunan ini juga bertindak sebagai pusat komuniti
                                                        dengan kemudahan seperti perpustakaan, bilik kuliah atau
                                                        seminar, ruang pelbagai guna berkapasiti 1,000 orang
                                                        untuk aktiviti keagamaan atau perkahwinan, langar serta
                                                        dapur masak yang dapat menyajikan 20,000 makanan
                                                        setiap seminggu secara percuma.




          Gurdwara Sri Guru Singh Sabha, Havelock Road, Southall








                                                        Dewan Sembahyang Utama
          Jadual 4.22: Amalan Terbaik GurdwaraSri Guru Singh Sabha, London
          Kriteria                            Keistimewaan  Penerangan
           Komponen yang lengkap        ●
                                            Konsep        Golden Temple, Amritsar
           Aksesibiliti yang baik       ●
           Tempat letak kenderaan yang      Landskap      Laluan pejalan kaki dan elemen air.
           mencukupi                    ●   Kemudahan     Dewan sembahyang utama, bilik tetamu, bilik/kelas
           Penyelenggaraan bangunan                       pengajian dan seminar, dewan serbaguna, auditorium,
           yang baik                    ●                 bilik multimedia, langar dan dapur masak, tandas, pejabat
           Ciri-ciri keselamatan        ●                 pengurusan, pantri, bilik persalinan, stor, perpustakaan
           Ciri-ciri bangunan hijau     ●                 dan bilik penginapan.
           Kemudahan OKU & warga emas   ●   GBI           Lampu LED
           Penyediaan landskap          ●
                                            Kemudahan OKU  Lif , Ramp , Handrail, bilik air OKU dan laluan OKU.
           Perimeter planting           ●
                                            Perkhidmatan  • Kelas agama dan kebudayaan
           Laman web / media sosial     ●                 • Perkahwinan dan pendaftaran perkahwinan
           Berhampiran pengangkutan awam  ●               • Sambutan perayaan
           Program keagamaan & perayaan  ●                • Aktiviti sosial dan kemasyarakatan


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373   374