Page 373 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 373
Bab 4- 40
4.7 Kaedah Amalan Terbaik Tempat Perkuburan Kristian
4.7.1 Grace Memorial Park
Lokasi : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Grace Memorial Park (GMP) merupakan sebuah Tapak Perkuburan Pengebumian Kristian yang dimiliki oleh
Grace Church, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Keluasan tapak ini adalah 7 ekar , namun sehingga kini hanya 3 ekar
telah digunakan untuk perkuburan. Anggaran keseluruhan lot pengebumian di tapak ini adalah sebanyak 5,000
plot, yang mana sehingga kini sebanyak 350 plot telah digunakan.
Selain itu, sistem yang di guna pakai oleh pengurusan perkuburan ialah ia terbuka kepada semua gereja dengan
syarat mematuhi terma syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Grace Memorial Park. Salah satu syarat yang
utama ialah tidak membenarkan proses Pre-Booking. Keistimewaan pengurusan perkuburan ini adalah ia
dilaksanakan secara sukarela oleh penganut Grace Church yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja
penyelenggaraan di Grace Memorial Park. Justeru bagi perancangan masa depan, memorial ini merancang untuk
membina sebuah dewan sembahyang/ Chapel (tempat sembahyang sebelum mayat dikebumikan) agar kemudahan
ini lebih lengkap dan memudahkan kepada semua penganutnya.
Kawasan Perkuburan Yang Kosong Disewakan Untuk
Aktiviti Pertanian
Grace Memorial Park Susunan Plot Kubur Yang Terancang dan Rapi
Jadual 4.25: Amalan Terbaik Perkuburan Kristian, Grace Memorial Park
Kriteria Keistimewaan Penerangan
Komponen Yang Lengkap ● Konsep Tanah perkuburan terhad & terancang
Aksesibiliti Yang Baik ● (Tapak perkuburan pengebumian sahaja)
Tempat Letak Kenderaan Yang Landskap • Laluan pejalan kaki.
Mencukupi ● • Dihiasi seni landskap pokok dan tumbuhan renek.
Penyelenggaraan Kubur Kemudahan Gazebo, tandas, pondok rehat, stor dan TLK.
Yang Baik ●
Kemudahan OKU Tidak disediakan
Ciri-ciri Keselamatan ●
Ciri Keselamatan Berpagar dawai
Kemudahan OKU & Warga Emas ●
Sistem Pendaftaran Sistem Pendaftaran Normal
Penyediaan Landskap ● Kubur
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A