Page 377 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 377

Bab 4- 44








          4.7.3    Perkuburan Hindu Choa Chu Kang
                  Lokasi : Chinese Cemetery Path 17, Singapura


          Choa Chu Kang Cemetery merupakan kompleks perkuburan
          yang terbesar di Singapura. Tapak Perkuburan Hindu di dalam
          kompleks ini hampir penuh. Terdapat tiga krematorium
          pembakaran mayat yang terbuka kepada semua penganut dan
          salah  satu  darinya  ialah  Mandai  Crematorium  and
          Columbarium yang diuruskan oleh National Environment
          Agency (NEA). Jabatan ini telah memperkenalkan kaedah
          Crypt Burial System untuk mengoptimumkan penggunaan   Perkuburan ‘Crypt Burial System’ di Kompleks Choa Chu Kang
          tanah kubur yang sediada. Disebabkan kekurangan tanah
          untuk penyediaan kubur, sistem ini hanya membenarkan
          penggunaan selama 15 tahun. Selepas tempoh tamat, mayat
          akan dikeluarkan untuk pembakaran sebagai salah satu
          pilihan yang ada.


          Namun begitu, kaedah Crypt Burial System tidak mendapat
          sambutan dari penganut Hindu di Singapura kerana lebih
          cenderung kepada pembakaran mayat di krematorium gas
          dan pembuangan abu mayat di laut.


                                                                                       Sumber: www.nea.gov.sg
          Justeru, kerajaan Singapura telah menetapkan lokasi untuk pembuangan abu mayat di selatan Pulau Semakau
          dengan menggunakan bot (permit tidak diperlukan) dari pukul 7 pagi sehingga 7 petang. Selain itu, terdapat
          sebuah lokasi yang dikhaskan di Pantai Changi untuk membuat ritual agama Hindu, namun pembuangan abu
          mayat hanya boleh dibuat di Pulau Semakau. (First coastal facility for post-death rites to be built at Changi
          Beach but no sea burial site at Tanah Merah: NEA, Straitimes Dec 2020)


           Jadual 4.28:    Amalan Terbaik Perkuburan Perkuburan Hindu Choa Chu Kang
           Kriteria                          Keistimewaan  Penerangan
           Komponen Yang Lengkap       ●   Konsep        • Kubur tradisi/biasa
           Aksesibiliti Yang Baik      ●                 • Kubur Bertingkat Moden – Crypt Burial System
           Tempat Letak Kenderaan Yang     Landskap      • Laluan pejalan kaki dan elemen air.
           Mencukupi                   ●                 • Dihiasi seni landskap pokok dan tumbuhan renek.
           Penyelenggaraan Kubur           Kemudahan     Dewan upacara pengebumian, kolumbarium, krematorium,
           Yang Baik                   ●                 bilik peringatan, pejabat, tandas, pondok rehat, pondok
                                                         pengawal, kuarters pekerja, bilik penyiapan mayat, TLK,
           Ciri-ciri Keselamatan       ●                 penggali kubur.
           Kemudahan OKU & Warga Emas  ●   Kemudahan  OKU Tidak dikenalpasti
           Penyediaan Landskap         ●   Ciri Keselamatan Penyediaan lampu jalan dan CCTV


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   372   373   374   375   376   377   378   379   380   381   382