Page 379 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 379
Bab 4- 46
4.8.2 Krematorium Hindu Malaysia Ceylon Saivitties Association
Lokasi : Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur
Krematorium ini terletak bersebelahan dengan Krematorium terbuka Shamsaboomi Jalan Loke Yew Kuala
Lumpur dengan keluasan hampir 2 ekar. Pada masa kini, fungsi tapak ini adalah krematorium terbuka. Persatuan
Hindu Malaysia Ceylon Saivitties telah mengemukakan permohonan Perintah Pembangunan ke DBKL pada April
2021 untuk pembinaan Bangunan Blok Dewan upacara (parlour) berserta satu blok untuk krematorium moden
dan satu blok kuarters pekerja. Hasrat persatuan adalah untuk menyediakan kemudahan krematorium kepada
penganut Hindu yang berpendapatan rendah. Di samping itu, dengan penyediaan kemudahan yang lebih
lengkap seperti Dewan Upacara dan ruang penyimpanan mayat akan membolehkan segala urusan kematian
diselesaikan di sini sahaja.
Rajah 4.7: Pelan Cadangan Dewan Upacara dan Krematorium Hindu Malaysian
Antara kemudahan yang disediakan di Ceylon Saivitties Association
krematorium ini termasuklah;
• 4 Dewan Upacara dengan ruang untuk ritual
agama;
• Tempat mandi dan persiapan mayat
(Embalming);
• Bilik sejuk penyimpanan mayat;
• Bangunan krematorium dengan 2 incinerator;
• Kuarters pekerja;
• Tempat meletak kenderaan termasuk untuk
orang kurang upaya;
• Penyediaan landskap di sekeliling bangunan;
• Reka bentuk bangunan wheelchair friendly
• Pejabat pengurusan dan rumah pengawal
keselamatan; dan
• Pantri dan bilik stor.
Sumber: LCP Permohonan Perintah Pembangunan kepada DBKL
Jadual 4.29 : Amalan Terbaik Krematorium Hindu Malaysia Ceylon Saivitties Association
Kriteria Keistimewaan Penerangan
Komponen Yang Lengkap ● Konsep Moden dan terancang
Aksesibiliti Yang Baik ● Landskap • Laluan pejalan kaki dan elemen air.
Tempat Letak Kenderaan Yang • Dihiasi seni landskap pokok dan tumbuhan renek.
Mencukupi ●
Kemudahan Dewan upacara pengebumian, krematorium, bilik ritual,
Penyelenggaraan Kubur pejabat, pondok pengawal, kuarters pekerja, bilik
Yang Baik ● penyiapan mayat, dan TLK.
Ciri-ciri Keselamatan ●
Kemudahan OKU & Warga Emas ● Kemudahan OKU Wheelchair friendly building
Penyediaan Landskap ● Ciri Keselamatan Penyediaan lampu jalan dan CCTV
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A