Page 384 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 384
Bab 4- 51 K
I
A
B
R
E
T
N
A
L
A
M
A
H
A
D
E
Di Pulau Pinang, terdapat satu kaedah yang pertama di Malaysia untuk ritual Kirigai iaitu penyediaan kolam A
K
konkrit untuk upacara menabur abu mayat. Tapak ini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
menerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB). Kemudahan ini disediakan bersebelahan dengan kuil
Hindu yang dikhaskan untuk upacara berkaitan dengan ritual ini. Salah sebuah kuil Hindu yang mempunyai
tapak untuk kaedah ini ialah Kuil Sri Muniswarar di Kuala Sungai Prai, Pulau Pinang.
Sebelum kaedah ini diguna pakai, penganut Hindu
terpaksa ke kuala Sungai Pari semasa air pasang
untuk upacara menabur abu mayat. Situasi ini
merbahaya dan menyukarkan penganut Hindu.
Ritual ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa
dengan mengisi air di dalam kolam konkrit. Hanya air
yang mengandungi abu mayat akan dilepaskan ke
Sungai Prai manakala sampah dan barangan lain
seperti kain akan diasingkan. Kemudahan kolam konkrit untuk ritual Kirigai, Kuil Kadarkarai Sri
Muniswarar, Prai, Pulau Pinang
Selain itu, kemudahan lain yang turut disediakan
adalah seperti bilik mandi dan menukar pakaian.
Lampu ‘floodlight’ juga disediakan bagi penganut yang
berhasrat melaksanakan ritual pada waktu malam
atau awal pagi.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A