Page 385 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 385
Bab 4- 52
4.11 Kaedah Amalan Terbaik Tanah Perkuburan Bersepadu
Konsep perkuburan bersepadu telah diterima pakai seperti di Negeri Selangor (RSN 2035) dan dalam proses
peruntukkan tapak tersebut di Sepang. Perkuburan bersepadu membolehkan sebuah kawasan yang luas
dikenal pasti untuk penyediaan kemudahan perkuburan semua agama meliputi perkuburan Islam,
perkuburan Kristian dan Cina, tanah kubur Hindu, krematorium dan kolumbarium di dalam satu kawasan
yang sama secara bersepadu dan terancang.
Konsep ini adalah mengenal pasti dan memperuntukkan tanah kemudahan perkuburan dan kemudahan
untuk semua penganut di kawasan yang sesuai di peringkat Negeri di bawah penyediaan Rancangan
Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan. Peruntukkan tanah untuk kemudahan ini berdasarkan kepada
formula semasa yang diguna pakai dengan mengambil kira unjuran penduduk dan kadar kematian mengikut
pecahan agama. Penyediaan perkuburan bersepadu di satu kawasan adalah langkah yang lebih baik dari
penyediaan tapak perkuburan yang kecil dan berselerak.
Walaupun perkuburan pelbagai agama disediakan,
namun penyediaan tapak perkuburan mengikut agama
dan fahaman akan diasingkan melalui perancangan
jalan, landskap dan kemudahan seperti tempat letak
kenderaan yang boleh dikongsi. Di samping itu
penyediaan zon penampan mengelilingi kawasan
dapat menjamin ketenteraman kawasan perkuburan
serta mengasingkan pembangunan kemudahan ini.
Pengurusan tanah kubur bersepadu di bawah
pengurusan PBT di Selangor adalah seperti Majlis
Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Shah Alam,
Majlis Perbandaran Kajang dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, terdapat juga tapak kubur yang
disediakan dan di selenggara oleh pihak swasta dan
persatuan-persatuan keagamaan yang berkaitan.
Tapak Perkuburan Bersepadu kebiasaannya
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti
pejabat pentadbiran, stor perkhidmatan, surau, rumah
kakitangan, kompleks pembakaran mayat
(krematorium), kemudahan rumah ibadat selain Islam,
Kubur Bersepadu dirancang secara bersepadu dengan pengasingan zon
kemudahan lawatan/ziarah, depot penyelenggaraan perkuburan mengikut agama.
dan tempat meletak kenderaan (kereta dan bas)
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A