Page 389 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 389

Bab 4- 56







          ii.  Tempat Perkuburan

              Komponen     Penerangan
          Tempat Perkuburan Cina, India dan Kristian
          Konsep           ● Penganut agama Buddha, Tao dan Kristian mula mengamalkan konsep pengebumian baru
                              iaitu kolumbarium dan lot-lot kubur kecil untuk meletakkan abu mayat yang dianggap
                              lebih ekonomikal, senang diuruskan dan lebih mesra alam.
                           ● Kubur berpetak juga semakin popular dikalangan ahli keluarga terdekat dimana mereka
                              boleh berkongsi plot kubur bersama ahli keluarga yang mati sebelum ini. Ini menunjukkan
                              bahawa penganut Kristian, Buddha dan Tao boleh menyesuaikan amalan pengembumian
                              mengikut peralihan perkembangan semasa. Ini termasuklah kolumbarium keluarga yang
                              terdapat di kawasan perkuburan Wat dan perkuburan Cina di Kelantan.

                           ● Tapak kubur seeloknya perlulah berbentuk segiempat sama/ tepat bagi membentuk susun
                              atur lebih kemas dan memaksimumkan ruang tanah.
                           ● Bagi penganut agama Hindu pula, pilihan lebih menjurus kepada krematorium tetapi
                              penyediaan tanah kubur pengebumian adalah satu keperluan.
          Landskap         ● Lanskap  yang  menarik  dengan  penggunaan  pokok-pokok  renek  yang  kurang
                              penyelenggaraan, berbau harum, berbunga dan tumbuhan rendang.
                           ● Penyediaan susunan kubur dan binaan yang seragam dan dikawal.
          Kemudahan        ● Bagi penganut agama Buddha dan Tao, penyediaan tokong ‘Dewa Tanah’ perlu disediakan
                              di kawasan yang dikhaskan di sekitar kawasan kubur. Kebiasaannya pelawat akan
                              sembahyang di tokong ini serta di kubur keluarga masing-masing.

                           ● Kemudahan sokongan di kawasan perkuburan seperti ruang rehat, gazebo, lampu,laluan
                              pejalan kaki, pintu gerbang, tempat letak kenderaan (TLK) dan tandas
          Keselamatan      ● Penyediaan lampu jalan dan CCTV
          Rekabentuk Sejagat  ● Menyediakan kemudahan OKU dan warga emas seperti tandas OKU, laluan OKU dan TLK
          (Universal Design)  OKU

          Kolumbarium
          Konsep           ● Penganut agama Buddha telah lama menggunakan kaedah kolumbarium.
                           ● Bagi Penganut Kristian pula, para pastor gereja menggalakkan penganutnya mengikut
                              konsep kolumbarium yang dianggap lebih ekonomikal, senang diuruskan dan lebih mesra
                              alam.

                           ● Struktur kompartmen bagi menyimpan abu mayat yang telah dibakar boleh dalam bentuk
                              bangunan bertingkat. Struktur kompartmen boleh juga dalam bentuk rumah merpati sama
                              ada terbuka ataupun berbumbung.
          Landskap         ● Landskap lembut di luar dan di dalam bangunan kolumbarium bagi mewujudkan suasana
                              ketenangan.
          Kemudahan        ● Kemudahan komponen seperti dewan upacara, ruang sembahyang, dan tempat
                              penyimpanan mayat.
                           ● Mempunyai aksesibiliti untuk pengangkutan swasta yang disambungkan dengan laluan
                              pejalan kaki atau pengangkutan awam.
                           ● Kemudahan lain seperti tandas, tempat rehat, TLK dan lain-lain.
          Keselamatan      ● Penyediaan lampu jalan dan CCTV
          Rekabentuk Sejagat  ● Menyediakan kemudahan OKU dan warga emas seperti tandas OKU, laluan OKU dan TLK
          (Universal Design)  OKU


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   384   385   386   387   388   389   390   391   392   393   394