Page 388 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 388

Bab 4- 55       K
                                                                                                            I
                                                                                                            A
                                                                                                            B
                                                                                                            R
                                                                                                            E
                                                                                                            T

                                                                                                            N
                                                                                                            A
                                                                                                            L
                                                                                                            A
           Sambungan                                                                                        M
                                                                                                            A
              Komponen    Penerangan                                                                           H
                                                                                                            A
          Kuil                                                                                              D
                                                                                                            E
          Senibina/ Konsep/  ● Reka bentuk kuil adalah tipikal kuil Hindu dan kolaborasi moden.             A  K
          Struktur Bangunan
                          ● Semua kuil Hindu mempunyai arca, artifak, mural, namun terdapat sebahagian kuil yang
                             berbeza mengikut kepercayaan kuil masing-masing. Contohnya, sebuah kuil Dewa Murugu
                             akan mempunyai artifak utamanya seperti tombak, ‘vimana’ burung merak, gopuram,
                             mantapa dan lain-lain. Manakala bagi kuil Amman pula, ia akan mempunyai gopuram dan
                             dewa Sakti disimpan di ‘inner sanctum’ dan mempunyai ‘vimana’ dan Kodimaram.
                          ● Kuil Hindu mestilah menghadap arah Timur yang mana ia adalah keperluan agama yang
                             mesti diikuti.
          Landskap        ● Memfokuskan kepada landskap arca, artifak dan mural dan seni bina kuil Hindu.
          Kemudahan       ● Dewan sembahyang utama yang mempunyai ruang tawaf ataupun inner sanctum, pulpit atau
                             podium untuk altar sembahan, pejabat pengurusan, ruang meditasi, perpustakaan atau bilik
                             bacaan, bilik ketua agama, bilik mesyuarat, bilik pembelajaran atau kelas pengajian, tempat
                             letak kenderaan dan laluan pejalan kaki.
          Ciri-ciri Bangunan  ● Terdapat kuil Hindu yang mengamalkan ciri-ciri bangunan hijau dengan penggunaan lampu
          Hijau (GBI)        LED, sistem pengumpulan air hujan (SPAH) dan panel solar.
          Kemudahan OKU   ● Beberapa kemudahan OKU yang disediakan di kuil-kuil hindu seperti ramp , handrail, bilik
                             air OKU dan laluan OKU.
          Ciri-Ciri       ● Mengambil kira ciri-ciri keselamatan dengan penyediaan pagar, pengawal keselamatan
          Keselamatan dan    (penggunaan anjing, sistem penggera dan sebagainya), sistem kamera keselamatan litar
          Kecemasan          tertutup (CCTV) dan pencahayaan.
          Gurdwara
          Senibina/ Konsep/  ● Reka bentuk Gurdwara adalah berbentuk tradisi dan kolaborasi moden.
          Struktur Bangunan
                          ● Bangunan Gurdwara mesti mempunyai kubah untuk menunjukkan identiti Sikh.
                          ● Mestilah mempunyai darbar, langgar dan Nishan Sahib
          Landskap        ● Gurdwara mengutamakan kawasan hijau landskap lembut di sekeliling bangunan.

          Kemudahan       ● Dewan sembahyang utama, bilik tetamu, bilik dan kelas pengajian dan seminar, tempat
                             rekreasi, bilik multimedia, dewan aktiviti, bilik mesyuarat, dewan serba guna, tempat makan
                             dan dapur masak, tandas, pejabat pengurusan, pantri, bilik persalinan, stor, perpustakaan
                             dan bilik penginapan, ruang memandikan mayat dan pendaftaran perkahwinan .
          Ciri-ciri Bangunan  ● Penerapan elemen bangunan hijau dan zero karbon dalam bangunan Gurdwara seperti
          Hijau (GBI)        sistem pengumpulan dan penggunaan semua air hujan (SPAH), solar dan pengudaraan serta
                             pencahayaan semula jadi.
          Kemudahan OKU   ● Menerapkan kemudahan seperti tandas OKU, laluan OKU, ramp, handrail dan lif untuk
                             warga emas dan OKU
          Ciri-Ciri       ● Ciri-ciri keselamatan diutamakan dengan penyediaan perkhidmatan pengawal keselamatan,
          Keselamatan dan    sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV), laluan kecemasan dan pencahayaan.
          Kecemasan









                                                               KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                                                               I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   383   384   385   386   387   388   389   390   391   392   393