Page 392 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 392
BAB05
Rumusan Penemuan Sesi Pemegang
Taruh/Pihak Berkepentingan
Sesi Pemegang Taruh (FGD) merupakan pendekatan yang dilakukan dalam proses
pengumpulan maklumat termasuklah pengumpulan bagi data primer kajian-kajian
berkaitan dan maklumat daripada persatuan atau organisasi agama mahupun agensi
atau jabatan-jabatan teknikal. Kaedah ini turut diaplikasikan untuk memperolehi input
dalam penghasilan Laporan Awal, Laporan Teknikal dan Draf Garis Panduan dan
Perancangan (GPP) Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-lain Agama.
Hasil daripada Sesi Perbincangan Pemegang Taruh akan dianalisis dan diintegrasikan
sebagai rujukan dalam penambahbaikan dan pindaan GPP Keagamaan Islam Dan Lain-
lain Agama, yang akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dan peringkat
pengurusan sama ada di peringkata pihak berkuasa tempatan (PBT), pelbagai agensi
kerajaan dan pihak pengurusan swasta lain yang bertanggungjawab serta terlibat dalam
merancang dan menguruskan pembangunan berkaitan kemudahan keagamaan pada
masa akan datang.
Di samping itu, Sesi Verifikasi data/maklumat inventori juga dijalankan untuk
memastikan kesahihan dan ketepatan cerapan data.