Page 387 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 387
Bab 4- 54
Sambungan
Komponen Penerangan
Tokong Tao/Cina
Senibina/ Konsep/ ● Tempat ibadat agama Tao/Tokong Cina sangat menekankan reka bentuk tradisi Cina dan
Struktur Bangunan tidak mengutamakan reka bentuk moden.
● Kewujudan dewa dan dewi yang banyak menyebabkan terdapatnya banyak tokong Tao
bersaiz kecil di sesuatu kawasan.
● Kebanyakan Tokong Tao di Malaysia belum lagi bertumpu kepada pendidikan agama,
moral atau budaya. Namun ia menjurus kepada aktiviti “tanya dewa” yang dapat
menolong atau menasihati penganut dalam membuat keputusan dan mengurangkan
tekanan dan kerisauan hidup.
Landskap ● Memfokuskan kepada landskap berhala, mural dan seni landskap China
Kemudahan ● Tempat ibadat agama Tao meliputi dewan utama untuk aktiviti agama, dewan atau
ruang makan, pagoda dan berhala, kolumbarium, dewan pengurusan kematian, dewan
atau bilik peringatan, perpustakaan dan lain-lain; dan
● Kemudahan masyarakat yang diaplikasikan di tokong ini termasuklah pusat pendaftaran
kahwin, pusat pembelajaran, aktiviti masyarakat dan bantuan-bantuan kebajikan.
Ciri-ciri Bangunan ● Pencahayaan semula jadi.
Hijau (GB)
Kemudahan OKU ● Penyediaan ramp dan handrail di bangunan tokong adalah belum menyeluruh.
Ciri-Ciri Keselamatan ● Reka bentuk bangunan tokong Tao sangat menekankan reka bentuk tradisi Cina dengan
dan Kecemasan ciri-ciri keselamatan yang asas tetapi tidak menyeluruh.
Gereja
Senibina/ Konsep/ ● Reka bentuk bangunan gereja adalah terbuka kepada konsep/reka bentuk moden,
Struktur Bangunan futuristik, kontemporari ataupun tradisional.
● Konsep bangunan yang mempunyai ciri-ciri istimewa akan memberi tarikan kepada
jemaah gereja dan pengunjung. Ciri-ciri unik sama ada dari faktor reka bentuk ataupun
sejarah akan menjadikan gereja itu sebagai tempat pelancongan.
Landskap ● Gereja yang mempunyai keluasan tanah yang terhad kebiasaannya menyediakan
landskap tumbuhan renek dan hiasan.
● Bagi gereja yang mempunyai kawasan yang luas,ruang landskap gereja akan dikelilingi
dengan tanaman hijau atau berbunga serta laman hijau yang luas bagi mewujudkan
suasana harmoni dan nyaman.
Kemudahan ● Atrium atau ruang legar, dewan sembahyang utama, altar, dewan atau bilik kuliah,
pejabat pengurusan, dewan serbaguna dan galeri, bilik meyuarat, ruang terbuka untuk
aktiviti luaran, tempat letak kenderaan , tandas dan bilik penginapan.
● Aktiviti di gereja termasuklah mass gathering, preach, baptisam, majlis perkahwinan,
upacara pengebumian, ceramah, aktiviti sosial dan kemasyarakatan
Ciri-ciri Bangunan ● Terdapat Gereja mengamalkan ciri-ciri bangunan hijau dengan penggunaan solar panel,
Hijau (GBI) sistem pengumpulan air hujan, Lampu LED dan Eco Garden.
Kemudahan OKU ● Tandas OKU, ramp, handrail, tempat letak kereta OKU, lif untuk warga emas dan OKU
juga dipraktikkan di gereja.
Ciri-Ciri Keselamatan ● Ciri-ciri keselamatan diutamakan dengan penyediaan perkhidmatan pengawal
dan Kecemasan keselamatan, sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV), laluan kecemasan dan
pencahayaan.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A