Page 386 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 386
Bab 4- 53 K
I
A
B
R
E
T
4.12 Rumusan Penemuan Kaedah Amalan Terbaik N A
L
A
i. Tempat Ibadat M
A
Komponen Penerangan H
A
Tokong Buddha D
E
Senibina/ Konsep/ ● Tokong Buddha mengekalkan seni bina tradisional yang dihiasi dengan pagoda-pagoda/ A K
Struktur Bangunan stupa mengikut tradisi seperti Han, Tibetan, Sri Lanka dan Siam.
● Tokong Buddha mengutamakan kesenian sama ada dalam bentuk lukisan, tulisan, rupa-
Buddha, mural dan seni landskap yang berunsurkan ajaran dan imej Buddha, Bodhisattva
dan Arhat.
● Kewujudan beberapa tempat ibadat agama Buddha yang berbeza tradisi yang mengamalkan
budaya dan bahasa yang berlainan. Seperti, penganut Buddha Siam memerlukan Wat,
penganut Buddha Cina memerlukan Si (Mahayana), penganut Buddha Cina dan Sinhalese
(bangsa keturunan Sri Lanka) memerlukan Vihara, manakala penganut Buddha Tibetan
memerlukan tokong Tibetan.
● Terdapat tempat ibadat yang terletak jauh dari petempatan kerana memerlukan suasana
yang sunyi untuk meditasi dan chanting (berzikir).
Landskap ● Memfokuskan kepada landskap rupa-buddha, mural dan seni landskap China yang
berunsurkan ajaran Buddha.
Kemudahan ● Tempat ibadat agama Buddha bukan sahaja untuk aktiviti agama dan pembelajaran, namun
juga menjadi tempat penginapan kumpulan Sangha sama ada secara tetap atau sementara.
● Ruang asas tokong Buddha ialah dewan utama untuk aktiviti agama, dewan tengah, dewan
atau bilik agama, bilik penginapan Sangha, perpustakaan, kebun, pagoda/stupa, rupa-
Buddha, bilik belajar, dewan atau bilik meditasi, dapur, dewan makan serta bilik penginapan
untuk penganut dan orang awam.
● Tokong Buddha juga menjadi tempat untuk aktiviti kebajikan dan masyarakat seperti pusat
perubatan Cina percuma, kolumbarium, dewan / dinding peringatan, dewan pengurusan
kematian (bilik mayat), krematorium, pusat pendaftaran perkahwinan, rumah orang tua,
tadika, aktiviti belia dan kanak-kanak, bantuan-bantuan kebajikan dan lain-lain.
Ciri-ciri Bangunan ● Pencahayaan semula jadi.
Hijau (GB)
● Aspek kesenian dan binaan tradisi Buddha lebih diutamakan.
Kemudahan OKU ● Penyediaan ramp dan handrail di bangunan tokong belum diamalkan secara menyeluruh.
Ciri-Ciri ● Reka bentuk bangunan tokong Buddha banyak dipengaruhi oleh binaan tradisi dengan ciri-
Keselamatan dan ciri keselamatan yang asas tetapi tidak menyeluruh.
Kecemasan
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A