Page 3 - kepimpinan
P. 3

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU           3


                                           ASAS KEPIMPINAN DAN
              BAB 1

                                           PERKEMBANGAN PROFESIONAL

                                           GURU


               1.1     KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

               Profesion
               Pekerjaan  yang  melaksanakan  fungsi  sosial  yang  penting.  Dengan  kata lain,

               profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
               intelek,  latihan  ikhtisas  yang  mencukupi,  khidmat  yang  diperlukan  masyarakat,
               menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan
               sebagainya.


               Profesional
               Ciri-ciri  yang  terdapat  dalam  kalangan  ahli  dalam  suatu  profesion.  Menurut
               Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion:
                      Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang  mendalam.
                      Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.
                      Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.

                      Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

               Adakah  guru  sebagai  satu  profesion?  Ya,  guru  dianggap  sebagai  satu  profesion
               kerana:
                   1.  Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar.

                   2.  Berpengetahuan mengenai pelajar.
                   3.  Adanya peningkatan profesionalisme guru.


               1.2     CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL


               Berdasarkan  penelitian  tentang  profesionalisme  guru,  kita  dapat  merumuskan
               bahawa  guru  yang  profesional  haruslah  berilmu,  berkemahiran  dan
               berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam



                                                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8