Page 6 - kepimpinan
P. 6
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 6
2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia
Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.
- Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.
- Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
6