Page 4 - kepimpinan
P. 4
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 4
pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.
Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras
dengan amalan profesional guru termasuklah:
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya dengan ilmu.
Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan.
Hal ini termasuklah:
a) Dorongan oleh misi dan passionate – guru didorong oleh misi seolah-olah
mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.
b) Positif dan benar – hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif.
c) Guru sebagai pemimpin – mempengaruhi pelajar untuk berubah.
d) With-it-ness – guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan
pelajar dan sebagainya.
e) Gaya – menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.
f) Kepakaran dalam motivasi – percaya dirinya mampu mengubah kehidupan
pelajar.
g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) – guru
mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.
h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) – punyai pengetahuan
yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.
i) Pintar (street smarts) – mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah
dan komuniti.
j) Celik minda (mental life) – fokus terhadap kerja yang dilakukan.
4